[VIDEO] Rantai Motosikal Putus Tiba-Tiba, Remaja Kemalangan Ini Kongsi Detik Cemas
Fuh, seram pula kita tengok.
Kegilaan remaja zaman kini dalam bidang permotoran sering mendapat perhatian
Ramai ikon permotoran yang menjadi idola anak muda dalam bidang permotoran seperti Hafiz Syahrin dan Zamri Baba.
Baru-baru ini tular satu video berkenaan seorang remaja yang berkongsi detik-detik cemas di atas jalan raya telah mencuri perhatian ramai.
Lihat video penuh itu bawah:
Rantai motosikal putus tiba-tiba di selekoh highway
Menerusi video yang telah dimuat naik oleh @amcaazarol di tiktok, dilihat aksi seorang remaja yang berkongsi video detik-detik cemas ketika berada di selekoh jalan raya.
Jelasnya, ketika itu dia dalam perjalanan untuk berjumpa dengan rakannya di Bukit Bintang melalui jalan susur keluar SUKE highway.
Secara tiba-tiba, rantai motosikalnya terputus di selekoh jalan dan menyebabkan kemalangan kecil.
"Rantai 415 dah 2 kali aku pakai putus. Baik 428 la lagi elok" - Netizen
Susulan tularnya video yang kini telah meraih 771K tontonan, 82K tanda suka dan 6K perkongsian di TikTok, rata-rata netizen turut berkongsi nasihat dan tips penggunaan rantai motosikal yang sesuai.
Berikut di bawah adalah komen menarik daripada netizen di Tiktok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!