seismik

Ikuti Raz Rakam Keindahan & Aktiviti Masyarakat Setempat Dalam Kembara Komuniti Masjid

Saksikan siri program 'Kembara Komuniti Masjid' di TV3 pada pukul 9.50 malam setiap hari Selasa bermula 12 November.

Cover image via @ohbulanofficial (TikTok)

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Artikel ini ditaja oleh McDonald's.

Tahukah anda, di Malaysia ini sebenarnya terdapat banyak masjid yang unik dan bersejarah dengan kisahnya yang tersendiri

Malah, menurut statistik yang dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), sehingga kini terdapat 6,823 buah masjid dibina dan terdapat di seluruh Malaysia.

Masjid juga bukan hanya sekadar pusat ibadah tetapi ia juga melambangkan kesatuan sesebuah komuniti dalam melaksanakan sesuatu usaha bersama-sama.

Setiap masjid yang dibangunkan pula mempunyai keunikan sejarah yang menjadi kisah penting kepada komuniti di sekitar lokasinya.

Untuk itu, Razaleigh Zain atau lebih dikenali sebagai Raz baru-baru ini berpeluang menyertai program Kembara Komuniti Masjid yang dibawakan khas oleh Titipan Kasih Harian Metro (TKHM) dan McDonald's Malaysia.

@ohbulanofficial Raz nak buat roadtrip untuk terokai masjid-masjid unik di Malaysia! Jom ikuti kembara Raz merakamkan keindahan & keunikan masjid dan aktiviti komuniti setempat di OhBulan! #KembaraKomunitiMasjid original sound - OHBULAN!

Kenali keunikan sejarah dan peranan penting masjid terhadap komuniti masing-masing menerusi Kembara Komuniti Masjid

Untuk pengetahuan anda, Kembara Komuniti Masjid ini bertujuan untuk menyebarkan impak positif dan nilai murni kepada masyarakat Malaysia.

Program ini juga adalah salah satu usaha memperkukuhkan peranan masjid sebagai pusat kemasyarakatan dan menyingkap kembali peristiwa unggul masjid di Malaysia.

Bersiaran setiap hari Selasa jam 9.50 malam di TV3, Kembara Komuniti Masjid ini akan membawa penonton meneroka tujuh masjid di seluruh negara yang mempunyai keunikan sejarah dan peranan pentingnya terhadap komuniti sehingga hari ini.

@hmetromy

Kembara Komuniti Masjid meneroka masjid-masjid yang mempunyai keunikan sejarah dan peranan penting terhadap komuniti masing-masing Saksikan Kembara Komuniti Masjid di TV3, 9.50 malam, bermula 12 November.

original sound - Harian Metro

Setiap masjid punya cerita dan peranan tersendiri dalam membina ukhwah dan keharmonian komuniti sekitarnya.

Ikuti Kembara Komuniti Masjid mendalami sejarah dan keunikan masjid yang terpilih dalam siri kali ini.

Masjid Teluk Bahang, Pulau Pinang

Masjid Teluk Bahang, Pulau Pinang

Image via MASJID JAMEK TELUK BAHANG (Facebook)

Masjid yang berusia 129 tahun ini adalah antara masjid tertua di Pulau Pinang, ia dibangunkan diatas tanah wakaf berkeluasan 9 ekar.

Malah, kubur salah seorang pewakaf di masjid ini masih ada di dalam masjid untuk ingatan dan tatapan generasi baharu mengenai jasa serta sumbangan pewakaf sebelum ini.

Di sini mereka juga menyediakan kelas tambahan dalam misi memperkasakan pendidikan dalam kalangan anak-anak kariah.

Selain itu, kelas mengaji bagi orang dewasa serta kanak-kanak dan kelas memasak turut boleh disertai masyarakat setempat.

Di masjid ini, McDonald’s Malaysia telah berbesar hati menyumbangkan kerusi dan meja untuk meningkatkan keselesaan para pelajar mengikuti kelas tambahan selain memastikan ia dapat memanfaatkan jemaah yang mengajar di masjid. 

Masjid Rafeah Taman Uda, Alor Setar, Kedah

Keunikan masjid ini terletak kepada seni bina kubahnya yang turut dikelilingi kolam, membuatkan para jemaah berasa lebih selesa dan tenang.

Dibangunkan sekitar 80-an di atas tanah wakaf, masjid ini dibina berasaskan reka bentuk bunga raya dengan 13 belas kelopak mewakili 13 negeri pada ketika itu.

Bukan hanya sekadar tempat solat, tapi juga berfungsi sebagai '1-stop centre' untuk komuniti setempat dan yang dalam perjalanan atau musafir.

Kariahnya juga memang serba prihatin, sentiasa memastikan hubungan dengan penduduk sekitar terjaga, sambil memastikan setiap jemaah yang datang merasa selesa dan dihargai.

Masjid Rafeah Taman Uda, Alor Setar, Kedah

Image via Pemburu Keindahan Mahdzir Hasan Det (Facebook)

Masjid ini mempunyai sejarah bersama McDonald’s Malaysia pada Ramadan yang lalu apabila syarikat berkenaan telah berkunjung untuk acara gotong royong memasak juadah berbuka, memberi sumbangan kepada asnaf dan menaja moreh McDonald’s selepas solat terawih. Malah, McDonald’s Malaysia turut memasak bubur lambuk bersama ahli kariah untuk 1,000 orang.

Dalam siri pada kali ini, McDonald’s Malaysia sekali lagi mengunjungi Masjid Rafeah Taman Uda untuk menyantuni 55 keluarga asnaf dan pesakit kanser, selain menyediakan ‘gerobok rezeki’ di kawasan masjid untuk masyarakat setempat mendapatkan bekalan makanan sekiranya mereka memerlukan.

Malah sebagai tanda ukhwah, bunga kertas turut dihadiahkan oleh McDonald’s Malaysia untuk menjadi perhiasan di pekarangan masjid tersebut.

Masjid As-Syakirin, Merlimau, Melaka

Walaupun usianya sudah mencecah 169 tahun, Masjid As-Syakirin Merlimau, Melaka masih kekal dengan seni bina purba Cina yang memukau, digabungkan dengan ukiran kayu kesenian Islam yang penuh nilai estetika.

Gabungan dua budaya ini menjadikan masjid ini salah satu yang paling unik di Malaysia dan bangunan bersejarah yang terus berdiri megah sehingga kini.

Mempunyai cerita legendanya yang tersendiri, tiang seri masjid ini dikatakan dibina oleh seorang wanita bernama nenek Aisyah. Sebelum pembinaan awal diteruskan dengan menggunakan campuran kapur, putih telur dan tanah liat.

Uniknya, beberapa peninggalan sejarah dari lebih 100 tahun yang lalu masih boleh dilihat di sini. Antaranya, tiang seri masjid yang masih dikekalkan dan dijadikan struktur pintu gerbang masjid.

Masjid As-Syakirin, Melaka

Image via @ohbulanofficial (TikTok)

Pada kunjungan Kembara Komuniti Masjid di sini, McDonald’s Malaysia telah menyantuni 50 keluarga asnaf dan orang kelainan upaya (OKU) yang memerlukan dengan menyumbangkan kotak rezeki agar dapat meringankan beban mereka.

Sumbang ini turut menzahirkan penghargaan McDonald’s Malaysia kepada komuniti setempat atas dedikasi mereka memelihara warisan masjid yang terdiri daripada warga emas dan OKU.

Warga kerja McDonald’s Malaysia turut berganding bahu bersama komuniti untuk membersihkan kawasan masjid termasuk kawasan perkuburan Islam yang terletak di sana. Usaha ini telah mengeratkan silaturrahim antara warga kerja syarikat korporat berkenaan dengan komuniti masjid.

Banyak lagi kisah menarik mengenai sejarah dan aktiviti yang dilakukan, jangan lupa tonton Kembara Komuniti Masjid di TV3!

Akan bersiaran sebanyak tujuh episod, Kembara Komuniti Masjid akan menonjolkan bagaimana masjid di negara ini berfungsi sebagai pusat masyarakat setempat.

Daripada kelas agama, ceramah motivasi hingga aktiviti gotong-royong, kemudian menjadi pusat pelaksanaan program komuniti, masjid menjadi tempat mengukuhkan ukhuwah.

Sebagai contoh, masjid-masjid sering menganjurkan kelas fardhu ain, kelas silat, program bantuan kepada golongan memerlukan serta pusat sehenti yang mana bukan sahaja memupuk ilmu agama tetapi juga menyemai sikap prihatin dalam kalangan masyarakat.

Program ini turut membawa penonton menelusuri kisah, sejarah, warisan keunikan seni bina masjid.

Kembara Komuniti Masjid selari dengan teras dan komitmen McDonald's Malaysia

Usaha-usaha masjid yang memperkenalkan pelbagai program kemasyarakatan adalah selari dengan teras McDonald's Malaysia yang turut prihatin kepada komuniti di sekitar lokasi operasi restorannya.

Sebagai syarikat 100 peratus milik orang Islam dan syarikat tempatan, McDonald's Malaysia sentiasa melaksanakan program kemasyarakatan berimpak positif yang boleh membawa keceriaan, mencipta detik-detik indah dan memberi manfaat kepada komuniti.

Di bawah 'Program Komuniti McDonald's & RMHC', sebuah inisiatif yang memayungi segenap usaha kemasyarakatan McDonald's Malaysia, terdapat lebih 19,000 program dilaksanakan setiap tahun oleh syarikat berkenaan.

Antara komitmen yang diserlahkan oleh McDonald's Malaysia kepada komuniti muslim antaranya ialah sumbangan moreh pada bulan Ramadan di masjid yang berdekatan restoran Mekdi, menyambut hari jadi anak-anak yatim, sumbangan minuman pada setiap Solat Jumaat, menyambut Aidilfitri dengan komuniti, menyumbangkan lembu korban ke masjid sempena Raya Aidiladha, bergotong-royong bersama dan terkini, program Kembara Komuniti Masjid ini.

Usaha ini dapat dilihat melalui siri Kembara Komuniti Masjid, di mana melalui setiap episod mereka akan menyampaikan sumbangan buat golongan yang memerlukan.

Usaha mereka untuk memberi semula kepada masyarakat membuktikan bahawa McDonald's Malaysia adalah lebih daripada sekadar jenama, mereka adalah jiran prihatin yang sentiasa ada ketika diperlukan.

Justeru, jangan lupa saksikan Kembara Komuniti Masjid untuk meneladani kisah-kisah inspirasi masjid dan komuniti mereka dalam membawa makna kepada kehidupan komuniti, setiap Selasa, jam 9.50 malam, hanya di TV3.

Ketahui lebih lanjut mengenai usaha McDonald's Malaysia untuk komuniti masjid dan masyarakat Malaysia di SINI!

Ikuti juga Raz dalam merakamkan keindahan dan keunikan masjid serta aktiviti komuniti setempat di TikTok OHBULAN!.

Siri Kembara Komuniti Masjid ini turut boleh ditonton melalui YouTube Harian Metro.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik