seismik

[VIDEO] Squad Jerung Merah Buat Tarian Baru, Tapi Akak Kasut Merah Pula Jadi Tumpuan

"Kita kena selamatkan kasut merah ni" - Netizen.

Cover image via @sofiaamarieylla (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Jika anda biasa bermain aplikasi TikTok, sudah pasti anda mengenali Squad Jerung Merah bukan?

Mereka merupakan sebuah kumpulan wanita di Terengganu yang menjual produk kecantikan iaitu Demica. Mereka mula menjadi perhatian ramai apabila tarian mereka viral dan menjadi ikutan para pengguna TikTok.

Baru-baru ini, tular sekali lagi tarian baru mereka yang mendapat tumpuan para netizen terutamanya kakak berkasut merah.

Lihat video penuh itu di bawah:

Menari tarian jerung, tetapi kakak kasut merah pula naik 'sheikh'

Menerusi video yang dimuat naik oleh ketua kumpulan tersebut iaitu @sofiaamarieylla, kelihatan dia memberikan kata-kata semangat buat ahli kumpulannya.

Namun, apa yang menghiburkan adalah apabila mereka memulakan tarian 'jerung ngap' seperti ingin menekan enjin motorsikal.

Lebih melucukan adalah salah seorang ahli mereka yang berkasut merah menari beria-ria seolah-olah naik 'sheikh' dan pergerakan tariannya agak kelakar.

"Ngap tu tangan je, kepala tak payah kot haha" - Netizen

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah mendapat 446.1K views, 28.4K likes dan 1.9K shares di laman TikTok.

Rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat Squad Jerung Merah yang sentiasa aktif dan tidak menghiraukan kecaman.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Apa-apa pun, Squad Jerung Merah sentiasa menghiburkan kami! :D

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: