Cara Wanita Ini Masak Nasi Siap Lap Periuk Guna Baju Kelawar Buat Ramai Boleh Relate
Itulah kegunaan baju kelawar sebenarnya.
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Sudah menjadi kebiasaan para wanita untuk belajar memasak nasi sejak remaja lagi
Malah, ada yang sempat belajar memasak nasi menggunakan dapur kayu. Tetapi, sekarang kita hanya menggunakan periuk elektrik saja. Lebih mudah dan jimat masa.
Namun, anda pasti sudah biasa melihat cara mak-mak memasak nasi terutamanya apabila mereka ingat mengelap periuk itu bukan?
Baru-baru ini, tular sebuah video seorang wanita menunjukkan cara mak-mak masak nasi mencuri perhatian ramai.
Lihat video penuh tersebut di bawah:
Lap guna baju kelawar sebelum masak nasi, ramai pula boleh relate
Menerusi perkongsian video daripada @kakmawar3, kelihatan wanita itu sedang memasak nasi di dapurnya.
Namun, apa yang membuatkan ramai terhibur adalah apabila dia dilihat selamba mengelap periuk nasi tersebut mengggunakan baju kelawarnya sebelum memasukkan ke dalam rice cooker.
Caranya itu ternyata membuatkan ramai kaum perempuan boleh relate kerana rupa-rupanya ramai yang memasak nasi seperti itu kononnya ajaran turun temurun daripada mak-mak mereka.
"Sebijik! Habis masak, baju kiri kanan lencun. Tak kira sekali basuh tangan lap dekat baju. Haha typical mak-mak" - Netizen
Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 830.4K views, 44.9K likes dan 6.2K shares di laman TikTok.
Rata-rata netizen turut terhibur melihat cara wanita itu mengelap periuk nasi menggunakan baju kelawarnya.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok: