[VIDEO] Steady Berhenti Sebelah 3 Ekor Anjing Masa Lampu Isyarat, Mak Cik Ini Jadi Tumpuan
Berani betul mak cik.
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Anjing merupakan antara haiwan yang ditakuti ramai tambahan lagi jika ia adalah anjing liar
Anjing liar dan anjing peliharaan memang sangat berbeza kerana anjing peliharaan lebih jinak.
Namun, tular sebuah video ini memaparkan seorang mak cik dengan selamba berhenti sebelah tiga ekor anjing liar semasa menunggu lampu isyarat telah menarik perhatian ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Tak takut berhenti sebelah sekumpulan anjing liar
Menerusi video tersebut, kelihatan seorang mak cik sempat dirakam oleh seorang pengguna jalan raya apabila dia dengan selamba berhenti di sebelah anjing semasa lampu merah.
Apa yang lebih menarik perhatian adalah mak cik itu langsung tidak takut pada mereka. Malah, sebaik saja lampu bertukar hijau anjing-anjing itu siap mengejarnya.
Lihat penjelasan penuh di bawah:
"Tu bukan kejar,dia kenal mak cik tu, jauh benar dia org teman" - Netizen
Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati ada netizen yang memberitahu rupa-rupanya anjing itu sudah mengenali mak cik tersebut.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 490.4K views, 33.2K likes dan 710 comments di TikTok.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!