seismik

[VIDEO] Tak Perasan Baju Wanita, Ayah Selamba Pakai Baju Mak Ini Undang Tawa Ramai

Ini mesti ingatkan baju Melayu dia.

Cover image via @giagia9891 (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik. 

Baju yang dijual pasaran kini memang banyak fesyennya

Ada juga baju satu set untuk wanita bagi memudahkan. Tak perlu pening lagi untuk mencari kain atau seluar lain betul tak?

Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok yang memaparkan seorang pak cik memakai baju wanita telah mencuri tumpuan. 

Lihat video penuh itu di bawah:

@giagia9891

Ayahnya tersilap pakai baju mak pergi solat raya #fyp

original sound - Gia Sza - Gia Sza

Ingatkan baju Melayu, sekali baju isteri yang dia pakai

Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang anak sedang merakam gelagat lucu ayahnya di rumah.

Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila ayahnya itu dilihat memakai baju berwarna hijau muda yang diyakini ingin pergi ke masjid.

Namun, lebih melucukan lagi adalah apabila si ayah tidak perasan baju yang dipakainya itu adalah baju wanita. 

"Mesti orang dekat masjid pun tertanya-tanya pak cik ini pakai baju fesyen apa" - Netizen

Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 992K tontonan, 64K tanda suka dan 1K komen di TikTok, rata-rata netizen turut terhibur dengan gelagat pak cik. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Kalau baju ada poket ini mesti bapak-bapak suka! :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: