seismik

[VIDEO] Tak Sempat Nak Tangkap Gambar, Belon Dah Lari. Respon Netizen Pula Bikin Dekah!

Selain terhibur melihatkan belon itu terbang tinggi, netizen turut tertawa dengan gelagat sekumpulan gadis itu bergelak sakan.

Cover image via Twitter @dieyamyzi

Sambutan hari kelahiran pasti akan penuh dengan gelak tawa jika dirai bersama kawan-kawan rapat

Selain ahli keluarga, kawan-kawan adalah antara orang yang paling mengenali diri kita dan kita juga boleh menjadi diri sendiri apabila bersama mereka.

Image via The Guardian

Bukan itu sahaja, mereka juga pasti tahu jenis hadiah serta kejutan yang kita suka sekali gus menjadikan sambutan hari kelahiran antara hari yang istimewa dalam hidup yang tidak akan dilupakan sampai bila-bila.

Situasi ini dapat dilihat pada sekumpulan gadis ini yang menyambut hari kelahiran salah seorang di antara mereka sambil berkelah di kawasan lapang dan ditemani angin nyaman.

Lebih melucukan lagi apabila berlaku tragedi yang 'tidak diingini' pada birthday girl sehinggakan masing-masing tidak kering gusi dibuatnya

Dinamakan 'tragedi Jun', semuanya bermula apabila birthday girl sedang membuka hadiah yang diterima dari rakannya. Sibuk berbual rancak dengan rakan-rakannya, belon yang disertakan bersama bungkusan hadiah yang dipegangnya itu tanpa disangka-sangka telah ditarik dibawa angin.

Melihat kejadian tersebut yang berlaku dalam sekelip mata, gadis-gadis itu menjerit sementara salah seorang daripada mereka cuba bangun untuk mendapatkan semula belon itu yang sudah terbang tinggi. Difahamkan dia telah mengejar belon itu sampai hilang keseimbangan, siap terjatuh lagi!

Video rakaman tragedi Jun ini telah dikongsikan salah seorang daripada sekumpulan gadis itu yang bernama Dieya di laman Twitter miliknya.

Ekoran tularnya rakaman video itu, rata-rata netizen turut sama geli hati menyaksikan apa yang berlaku

Selain terhibur melihatkan belon itu terbang tinggi, mereka turut tertawa dengan gelagat sekumpulan gadis itu bergelak sakan. Bukan itu sahaja, ada juga yang suka melihat hubungan persahabatan yang  di antara gadis-gadis itu.

Antara komen menarik dari netizen:

Walaupun belon hilang, yang pasti sambutan hari jadi itu akan menjadi salah satu peristiwa yang tidak dapat dilupakan mereka!

Image via Tenor

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Barangkali ini yang dinamakan sahabat dunia akhirat:

You may be interested in: