[VIDEO] Tengah Fokus Main Badminton, Sekali Member Tak Sengaja Pergi "Smash" Kepala Rakan
Aduh, sakit tu.
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Melakukan aktiviti bersama rakan-rakan sememangnya satu perkara yang menyeronokkan
Tambahan lagi jika semuanya jenis 'masuk air', memang meriah dibuatnya. Tak kisahlah apa pun aktiviti yang anda buat bersama.
Namun, lain pula dengan video yang tular di TikTok ini apabila seorang lelaki tidak sengaja tersmash rakan beregunya telah mencuri perhatian ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Tak sengaja terbantai kepala member masa tengah lawan badminton
Menerusi video tersebut, kelihatan semasa itu sekumpulan lelaki sedang bermain badminton beregu sesama mereka.
Namun sedang asyik bermain, salah seorang daripada mereka dengan tidak sengaja tersmash bulu tangkis ke kepala rakan beregunya.
Situasi berkenaan membuatkan rakan beregunya itu terduduk dan memegang kepala kerana kesakitan terkena bulu tangkis tersebut.
"Yang pernah kena je tahu rasa sakit dia macam mana" - Netizen
Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi dan pengalaman mereka mengenainya.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 337.7K views, 52.6K likes dan 418 comments di TikTok.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok: