seismik

Video Tidak Beretika Ini Ajar Pemandu Cara Elak Saman AES

Kalau tak mampu bayar saman AES, bawalah kereta dengan berhemah. Apa yang susahnya?

Cover image via SAYS

Jika anda memiliki kenderaan seperti kereta, sudah pasti anda tahu tentang wujudnya sistem saman dari kamera AES

AES adalah penguatkuasaan kesalahan lalulintas secara elektronik dengan mengesan dan merakam secara automatik mana-mana kesalahan lalulintas. Maklumat kesalahan ini dihantar secara real time online ke Pusat Kawalan AES bagi mengenal pasti pemilik kenderaan dan saman akan dikeluarkan secara automatik dan dihantar melalui pos.

jpj.gov.my

Antara kawasan yang ada kamera AES

Image via hokangtao.com

Sebuah video yang menunjukkan cara mengelak dari mendapat saman AES telah dimuat naik pagi tadi di laman sosial My Media Hub

Wah. Macam-macam cara orang nak elak AES. Tetapi fikirkanlah sebaik-baiknya, jika kita kategori pemandu yang mematuhi had laju jalan raya / lebuh raya, pasti AES ini tidak akan mendatangkan masalah kepada kita. MORE: #MEDIAVIDS

Posted by My Media Hub on Tuesday, July 7, 2015

Video berdurasi 1 minit 40 saat ini menunjukkan bagaimana dengan hanya menggunakan sejenis spray, nombor plat kenderaan boleh disembunyikan dari kamera dan tidak akan kelihatan di dalam gambar atau imej

Image via SAYS

Pada mulanya kami berpendapat, mungkin ini helah kamera. Tetapi setelah kami membuat sedikit carian, ternyata wujud spray seperti ini di pasaran.

Spray berjenama PhotoBlocker ini akan menyebabkan imej nombor plat tidak kelihatan kerana ia akan memberi kesan over-exposed pada gambar. Harganya pula tidak mahal, cuma USD 49.90 (RM190.62). Spray ini boleh dibeli secara online dengan hanya melayari laman web tersebut.

Bagi mereka yang tinggal di luar Amerika Syarikat, terdapat produk yang sama tetapi dalam bentuk cecair yang boleh dihantar melalui pos udara

Cara penggunaan turut diterangkan sekali.

Image via phantomplate.com

Tidak dapat dikenal pasti, kedai manakah yang menjual spray seperti yang ditayangkan di video tersebut di Malaysia, tetapi yang pasti perkara ini harus kita bimbangkan

Image via SAYS

Produk ini terang-terangan telah melanggar undang-undang jalan raya yang ditetapkan, ia tak ubah seperti memalsukan atau mengubah suai nombor plat untuk mengelak dari disaman AES. Kedua-duanya boleh dikenakan hukuman seperti saman atau denda:

Dalam Ops Trafik Kuala Lumpur, 60 saman dikeluarkan atas kesalahan mengubah suai nombor plat kenderaan

mynewshub.cc

Manakala untuk kesalahan memalsukan nombor plat, pesalah boleh didenda sehingga RM50,000 atau penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

utusan.com.my

Sekiranya produk seperti ini tidak dipantau, dikhuatiri ia akan memberi kesan kepada undang-undang jalan raya, malahan boleh menyebabkan lebih banyak kemalangan berlaku

Statistik kemalangan tahun 2013 dan 2014

Image via utusan.com

Di musim perayaan ini, pasti ramai yang hendak pulang ke kampung, tak kiralah pulang lebih awal ataupun di saat-saat akhir. Berdasarkan statistik di atas, dapat disimpulkan bahawa kadar kemalangan di Malaysia berkurangan setiap tahun. Sudah tentu kita mahukan jumlah mereka yang terlibat dalam kemalangan maut kekal berkurangan.

Tetapi, dengan adanya produk seperti ini, mungkin akan lebih ramai pemandu yang berani memandu kereta secara merbahaya kerana yakin tidak akan tertangkap dan disaman.

Perlu diingatkan disini bahawa, artikel ini bukan bertujuan untuk menggalakkan anda mencuba taktik atau helah yang sama

Ia adalah sebagai peringatan supaya anda tidak pentingkan diri dan membuat sesuatu yang boleh menyusahkan pengguna jalanraya yang lain.

Berhati-hatilah apabila memandu ketika pulang ke kampung untuk beraya. Ingat orang yang tersayang.

Image via twitter.com

Jangan lupa, bawa kuih raya unik ini pulang ke kampung bersama anda:

You may be interested in: