seismik

[VIDEO] Tular Rakaman Budak Perempuan Dirempuh Kereta Ini Secara Tiba-Tiba Mengundur Laju

Harap adik tu tak cedera teruk.

Cover image via nanmanjoi8715

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Walaupun tidak membuat apa-apa kesalahan, kemalangan juga boleh berlaku terhadap diri sendiri atas kecuaian orang lain

Situasi ini sering dapat dilihat di jalan raya di mana kemalangan banyak melibatkan orang yang tidak bersalah dan mematuhi pertauran jalan raya.

Kemalangan ini bukan sahaja boleh terjadi di jalan raya malah di kawasan yang dikatakan selamat seperti di kawasan kedai juga boleh berlaku juga perkara yang tidak diingini ini.

Itulah yang berlaku kepada seorang budak perempuan yang sedang bermain di hadapan kedai secara tiba-tiba dirempuh sebuah kereta yang mengundur dengan laju secara tiba-tiba.

Lihat rakaman CCTV di bawah:

Kejadian berlaku di kedai makanan kucing Amycatz, Eco Grandeur

Menerusi video tersebut, dapat dilihat budak perempuan sedang bermain di hadapan kedai tersebut. Kelihatan juga terdapat sebuah kereta yang sedang memarkir kereta.

Secara tiba-tiba, kereta tersebut mengundur dengan laju dan merempuh budak perempuan itu. Pihak kedai tersebut ada juga berkongsi sisi lain rakaman CCTV kejadian tersebut.

Lihat rakaman CCTV berkenaan di bawah:

Budak perempuan yang dirempuh tersebut tidak mengalami kecederaan serius

Difahamkan, kanak-kanak tersebut sudah dibawa keluar hospital dan hanya mengalami cedera ringan selepas pemeriksaan dilakukan.

Namun begitu, kecuaian lelaki yang merempuh kanak-kanak tersebut sangatlah merbahaya dan boleh meragut nyawa yang tidak bersalah.

Kecuaian macam ini tak patut berlaku. Hati-hati semua!

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via googleapis.com

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: