[VIDEO] "Wah Kreatif Betul" - Iklan Raya Tune Protect Ini Cuit Hati Ramai Rakyat Malaysia
Jangan lupa #KlikUntukMula untuk insurans paling epik.
Setiap kali hari raya nak dekat, mesti kita akan disajikan dengan banyak iklan kreatif yang dibawakan oleh syarikat di Malaysia kan!
Baru-baru ini juga, Tune Protect turut menampilkan iklan raya yang mencuit hati sebab mereka menggelar iklan raya ini sebagai iklan Zapin TerPaling Raya. Betul ke?
Jom tengok iklan Zapin TerPaling Raya ini di bawah:
Mengisahkan tentang seorang pemuda bernama T.P., maskot rasmi Tune Protect yang dalam perjalanan untuk pulang ke kampung halaman untuk menyambut hari raya Aidilfitri
T.P. menjadi maskot pilihan Tune Protect sebagai simbol yang menunjukkan bahawa semuanya hanya di hujung jari.
Sambil memandu pulang ke kampung, T.P. tiba-tiba terkenangkan kisah percintaannya dengan seorang gadis bernama Tipah.
Dia yang asyik berkhayal mengenangkan nasib cintanya bersama Tipah itu tiba-tiba terlibat dalam satu kemalangan.
T.P. bernasib baik sebab perjalanan balik kampungnya dilindungi oleh Tune Protect yang membantu untuk melindungi perjalanan daripada sebarang musibah.
Kalau anda nak tahu, Tune Protect menyediakan pelbagai jenis insurans mengikut keperluan anda seperti insurans kereta, insurans kesihatan dan insurans perumahan.
Hanya mengambil masa tiga minit untuk dibeli, anda boleh mendapatkan pelan insurans Tune Protect secara dalam talian sepenuhnya!
Untuk maklumat lanjut mengenai pelan insurans Tune Protect, layari laman sesawang Tune Protect sekarang.
Perbaharui insuran kereta dengan Motor Easy dan dapatkan 10 peratus diskaun dalam talian serta 20 peratus pulangan tunai. Muat turun aplikasi Tune Protect di Apple App Store atau Google Play Store dan #KlikUntukMula insurans paling epik.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!