seismik

[VIRAL] Bagaimana Kisah "Budak Tangan Di Syurga" Sentuh Hati Rakyat Malaysia

Adik Ainaa Amanda mencuri tumpuan laman sosial Malaysia sejak Isnin lalu.

Cover image via Facebook Ainaa Amanda Shahzali

Perkenalkan, adik Ainaa Amanda Shahzali atau Amanda, seorang budak Darjah Satu yang comel, sihat dan sangat petah berkata-kata...

Ainaa Amanda Binti Shahzali.

Image via Facebook Ainaa Amanda Shahzali

... tetapi tidak mempunyai telapak tangan kanan secara semula jadi sejak dilahirkan.

Gambar Amanda semasa kecil.

Image via Facebook Ainaa Amanda Shahzali

Adik Amanda dilahirkan pada 13 Disember 2008 dan baru sahaja memulakan sesi persekolahan di Sekolah Kebangsaan Penghulu Jusoh Tobiar Pendang, Kedah

Amanda di hari pertama persekolahan.

Image via Facebook Ainaa Amanda Shahzali

Nama Amanda mula diperkatakan orang ramai sejak video yang dimuat naik oleh ibunya, Abby Hassan pada 12 Januari lalu mendapat perhatian luar biasa sehingga menjadi viral di laman sosial dalam sekelip mata

Video berdurasi 3 minit 24 saat ni berkisar tentang pengalaman adik Amanda pada hari pertama persekolahan. Adik Amanda bercerita mengenai kawan-kawannya yang selalu berkata dia tidak mempunyai tangan kanan. Tindakan kawan-kawannya itu serba sedikit membuatnya sedih, namun ditenangkan oleh ibunya.

"Adik geramlah dengan mereka. Sebab mereka kata adik takda tangan."

Kata-kata adik Amanda itu sangat menyentuh hati sanubari orang ramai. Ada yang menitiskan air mata dan masing-masing tidak melepaskan peluang memberi semangat kepada adik Amanda agar sentiasa tabah menghadapi dugaan yang mendatang.

Amanda: Mama, kenapa adik takda tangan? Mama: Sebab tangan adik ada kat syurga.

Amanda: Kenapa Tuhan (tak) bagi kat adik? Adik ada buat orang ke? Marah orang ke?

Mama: Takda sayang.

Amanda: Habis tu adik buat apa?

Mama: Adik tak buat apa-apa salah. Tangan adik takda sebab Tuhan tak bagi. Tangan adik kan ada kat syurga. Adik nanti pergi syurga tangan dah ada kat sana.

Ibunya, Abby kemudian menceritakan kisah hidupnya yang tidak dikurniakan zuriat walaupun sudah 11 tahun berkahwin. Tetapi, semasa Abby dalam persiapan untuk ke Mekah, satu keajaiban berlaku yang bakal mengubah hidupnya.

Atas permintaan dari semua yg tersentuh hati dengan Amanda... Abby ringkaskan cerita ya...

Dugaan dari Allah...setelah 11 tahun berkahwin abby tidak dikurniakan cahaya mata. Pelbagai cara berubat Abby lalui. Setelah begitu pasrah abby tak berubat apa apa lg..

2008 abby dlm persiapan nak ke Mekah. Jadi abby ke klinik di USJ utk buat suntikan sebelum ke Mekah sbg memenuhi syarat yg ditetapkan. Ketika itu doktor tak tanya apa apa...just suntik.

Then ..seminggu mau ke Mekah', haid abby tak datang. Abby risau kalau nnt dtg masa di Mekah. So abby ke Klinik yg sama utk dapatkan ubat bg datang haid. Waktu tu doktor kata sebelum bg ubat dia kena check air kencing. Abby ckp pd doktor ..tak mgkin mengandung sbb abby dah11 tahun kawin x dapat anak. Tp doktor suruh juga buat check air kencing. Then..masya allah. Doktor bersalam ngan abby. Katanya abby positif mengandung. Terkejut abby. Sujud syukur Abby Hassan waktu sebaik tiba dirumah.

Ada satu kejadian di Mekah. Abby ditegur oleh seorang budak yg cantik. Waktu tu dia ada dibelakang rak alquran. Abby tgk dia cantik sgt.. dan terus abby angkat tgn berdoa.

Ya Allah..kurniakanlah anak dikandungan secantik ini. Ketika usia amanda 2 tahun barulah abby teringat peristiwa itu..sbb abby nampak wajah amanda spt pernah hadir dlm ingatan.

Satu lg yg abby pelik..ketika di Mekah..abby beria ia nak beli gelang utk baby dlm kandungan.

Rupanya gelang itu hanya boleh dipakai sebelah tangannya sahaja... nnt abby sambung bagaimana keadaan abby ketika saat ainaa amanda dilahirkan.

Note: gelang yg dibeli dimekah. Sepatutnya 2 kiri dan 2 kanan..tp abby letak semua 4 ke kiri tangannya...

facebook.com

Amanda memakai keempat-empat gelang di tangan kirinya.

Image via Facebook Abby Hassan

Walau bagaimanapun, kisah menyayat hati Abby tidak terhenti di situ. Dan kali ini, Abby menceritakan betapa kejam dirinya setelah mendapat tahu anaknya dilahirkan tidak sempurna. Kegembiraan melahirkan anak bertukar menjadi mimpi ngeri bagi Abby.

Sambungan cerita dari mama... Abby Hassan

Sebenarnya Abby tidak suka bercerita sedih sedih di FB. Abby positifkan diri utk gembira sebaik bangun tidur..tetapi permintaan yg banyak utk mendengar cerita Abby Hassan pasal Amanda makanya abby bercerita lagi.

Sambungan dari cerita sebaik selepas melahirkan amanda.

13.12.2008 secara pembedahan jam 7.15 pagi Amanda selamat dikeluarkan dr perut mama ni. Ada satu perasaan yg keluar dr naluri ibu ini. Sempurnakah anakku? Ketika ditunjukkan jantina perempuan. abby rasa amat bersyukur sangat. Mmg abby nak baby perempuan. Tetapi sebaik abby bertanya dari nurse. Bagai nak luluh hati ini. Nurse ckp.. "anak kak sihat...comel sangat..tapi...tapi....." perkataan tapi..tapi.. terhenti disitu. Dia tak boleh sambungkan lg. Ya Tuhan..hati ibu mana lah dapat terima ayat TAPI waktu itu.

Dalam keadaan masih lg lemah, Doktor Inder singh (INS Specialist) datang dan bg semangat.

Ayah amanda mantan suami abby terus pengsan sebaik mendengar berita itu. Abby hanya tahu menangis dan menangis... ya Allah apakah salahku...? Dosa apakah aku? Why me? Why me? Kenapa aku yg Engkau pilih. Waktu itu mmg tidak fikir lain..kecuali apa yg Allah bg adalah mgkin pembalasan dari apa dosa dosa lampau. Selama 3 hari di hospital abby menangis. Doktor dan nurse datang berkali kali memujuk abby sbb Abby tidak mahu berjmpa Amanda. Mmg abby kejam.waktu tu. Abby tak dapat terima apa yg Allah bagi. Mengapa abby yg Allah pilih? Why why why...???? Persoalan yg tiada jawapan.

Sebaik bangun tidur..abby pasti fikir..abby hanya bermimpi melahirkan anak yg tiada tangan.

facebook.com

Namun begitu, naluri keibuan akhirnya meresap masuk ke dalam jiwa Abby sebaik sahaja menatap senyuman yang terukir di wajah comel bayinya itu. Abby akhirnya redha dengan ketentuan Tuhan serta bernekad untuk memelihara bayinya sebaik mungkin.

Hari ke 3..waktu keluar hospital..Abby dibawa kepada Amanda. Amanda dibalit rapi. Nurse hulurkan Amanda yg dah boleh buka matanya. Ya Tuhan...comelnya anakku. Mata yg bundar dan bulat. Mulut yg kecil. Dan dia tersenyum pd abby sebaik abby memegangnya. Abby dakap amanda. Waktu itu naluri keibuan baru hadir... Perasaan yg selama 3 hari abby tanggung spt dijemput keluar tiba tiba. Inilah yg ku tunggu2 selama berbelas tahun. Inilah zuriatku. Ku kucup amanda. Dihati bernekad. Apapun akan terjadi..aku akan pelihara dia sebaik mungkin. Allah takkan menguji aku lebih dari kemampuanku. Allah menguji org yg Dia pilih sahaja... dan org itu adalah Abby... Allahurabbi... Hanya Engkau Yang Mengetahui....ku terima jalan yang Engkau tetapkan...Aku insan yg dipilihmu.....

facebook.com

Gelagat Amanda bersama beg sekolah miliknya.

Image via Facebook Ainaa Amanda Shahzali

Selepas menjadi viral, adik Amanda segera diburu oleh pihak wartawan untuk ditemuramah. Pada hari Khamis, 15 Januari, kisah adik Amanda terpampang di muka surat hadapan dan menjadi topik utama akhbar Harian Metro.

Kisah Amanda menjadi topik utama akhbar Harian Metro.

Image via Facebook Abby Hassan

Kisah Amanda menjadi topik utama akhbar Harian Metro.

Image via Facebook Abby Hassan

“Saya bersyukur dikurniakan seorang anak yang tabah. Walaupun dengan kekurangannya dan kadangkala dicemuh rakan sekolah, dia tetap teruja untuk bersekolah,” kata Habibah Hassan, 42, ibu kepada Ainaa Amanda.

hmetro.com.my

Keesokan harinya, adik Amanda muncul pula dalam program TV di TV9 berjudul Nasi Lemak Kopi O yang bersiaran dari jam 8-10 pagi. Ternyata, adik Amanda berjaya mencuri tumpuan seluruh rakyat Malaysia.

Image via SAYS.com

Disebabkan itu juga, Abby menerima ratusan, malah ribuan mesej peribadi di Facebook dan juga 'friend requests' dari orang ramai

Abby menerima ribuan 'notifications' di Facebook.

Image via Facebook Abby Hassan

Abby menerima ribuan 'notifications' di Facebook.

Image via Facebook Abby Hassan

Abby kemudian membuat keputusan untuk membuka profil khas Ainaa Amanda Shahzali di Facebook di atas perhatian yang sungguh memberangsangkan. Segala berita terkini mengenai adik Amanda boleh didapatkan di profil berkenaan.

Dalam masa empat hari sahaja, profil adik Amanda telah mendapat hampir 63,000 'Likes'!

Lawat profil adik Amanda di sini.

Kami di SAYS turut tersentuh dengan kisah menyayat hati adik Amanda dan Abby. Doa kami untuk adik Amanda, semoga terus tabah menghadapi cabaran dan semoga menjadi anak yang solehah yang sentiasa berbakti kepada orang tersayang.

Dan kepada Abby, kuatkan semangat dalam mendidik Amanda menjadi manusia terbaik di muka bumi Tuhan. Semoga segalanya dipermudahkan.

Adik Amanda bersama ibunya, Abby Hassan.

Image via Facebook Ainaa Amanda Shahzali

JUGA DI SAYS: [VIRAL] Kegigihan Pak Cik Buta Ini Benar-Benar Menyentuh Hati Rakyat Malaysia

You may be interested in: