Viral Cikgu Cedera Dipukul Seorang Bapa Di Sekolah. Katanya Cikgu Yang Mula Tampar Dulu?
Banyakkan bersabar. Bawa berbincang.
Semalam viral dua buah video yang memaparkan kes pergaduhan di sebuah sekolah yang berlaku di antara seorang bapa dan guru sehingga berlaku kecederaan
Video yang menjadi perhatian netizen itu memaparkan seorang bapa serta bapa saudara kepada seorang pelajar sekolah di Brunei dihalang oleh beberapa guru yang lain dari terus menyerang seorang guru lelaki di sekolah.
Menurut Borneo, bapa pelajar itu datang ke sekolah kerana tidak berpuas hati dengan guru berkenaan yang telah menyebabkan anaknya dihukum dan digantung persekolahan. Namun, selepas disiasat, rupa-rupanya pelajar itu hanya mereka-reka cerita dan membuat rayuan kepada pihak sekolah supaya membuang kesnya.
Tetapi, berdasarkan komen daripada seorang netizen, beliau mengatakan bahawa kehadiran bapa pelajar bersama bapa saudara ke sekolah berkenaan adalah dengan niat untuk berunding dan meminta kepastian berkaitan kes buang sekolah anaknya itu secara baik. Malangnya, guru terbabit telah bertindak secara agresif dengan menampar muka bapa saudaranya itu.
"Kes cikgu susah nak dibawa berunding. Bapa kepada pelajar yang dihukum ini hanya mahu meminta kepastian mengapa anaknya dihukum. Malah, dia juga meminta bukti apakah benar anaknya merokok.
"Namun cikgu itu menampar muka bapa saudara pelajar terbabit. Maka tercetuslah pergaduhan sehingga terjadi insiden tumbuk menumbuk, menyebabkan cikgu itu cedera, retak tulang pipi," katanya.
Seorang lagi netizen, Timotius Jaunis, beliau menjelaskan apa yang berlaku dalam video yang viral semalam. Menurut rakaman video berkenaan, mereka berdua datang dan mahu berbincang dengan cara baik. Namun, guru terbabit mula berkasar dan menampar adiknya lalu bertindak menumbuknya pula.
"Dari apa yang saya dengar mereka cakap dalam video viral ini, mereka mahu selesaikan masalah ini dengan cara baik. Tetapi cikgu itu masuk saja dalam pejabat terus berkasar dengan mereka berdua.
"Yang si adik kepada bapa pelajar itu ditampar oleh cikgu. Yang si bapa ini pula cuba untuk tidak menumbuk tetapi cikgu itu yang mula menumbuk, terus si bapa ini membalasnya," katanya.
Apa yang difahamkan, kes itu sudahpun diselesaikan dengan cara yang baik dan kedua-dua lelaki yang terlibat juga mengaku bersalah di atas perbuatan mereka. Bagaimanapun, bapa kepada pelajar berkenaan yang bekerja sebagai askar dilaporkan telah diberhentikan serta-merta.
Sementara itu, guru lelaki berkenaan dihantar ke hospital bagi mendapatkan rawatan serta dipercayai mengalami pendarahan dalaman pada bahagian perut.
Pedulikan siapa yang memulakan dahulu kerana apa yang penting adalah jangan sesekali memilih kekasaran dalam menyelesaikan apa jua masalah
Sebaiknya ibu bapa dinasihatkan untuk tidak terus percaya bulat-bulat apabila anak membuat aduan. Siasat dan dapatkan kepastian dari pihak sekolah. Guru pula janganlah terlalu beremosi. Masing-masing pun mahukan yang terbaik buat anak serta pelajar mereka.
Jadikan iktibar.
Video penuh di bawah: