seismik

[VIRAL] Isteri Mengandung 7 Bulan Dilarang Naik Pesawat. Apa Kata AirAsia?

Memilukan. Sepasang suami isteri terkandas di KLIA2 apabila dilarang menaiki pesawat AirAsia dari Kuala Lumpur ke Kuala Terengganu atas alasan si isteri sedang hamil 7 bulan.

Cover image via melvister.com

Satu Insiden Kontroversi Mengenai Sepasang Suami Isteri Dilarang Menaiki Pesawat AirAsia Dari Kuala Lumpur Ke Kuala Terengganu Pada 21 Jun 2014 Atas Alasan Si Isteri Sedang Sarat Mengandung Didapati Tersebar Luas Di Laman Sosial

Pada 21 Jun 2014, telah tersebar insiden mengenai nasib pasangan suami isteri dan seorang anak kecil dilarang untuk menaiki pesawat AK6220 dari KLIA2 ke Kuala Terengganu.

melvister.com

Mangsa yang merupakan ibu sedang hamil bersama suami dan seorang anak kecil bergegas pulang dari Seoul Korea menuju ke Malaysia untuk melihat jenazah bapanya buat kali terakhir di Terengganu.

melvister.com

Sebelum Itu, Mereka Dibenarkan Menaiki Pesawat MAS Dari Seoul Ke Kuala Lumpur Yang Mengambil Masa Selama 5 Jam Tetapi Kemudiannya Dilarang Menaiki Pesawat AirAsia Dari Kuala Lumpur Ke Kuala Terengganu Yang Hanya Mengambil Masa Selama 40 Minit

Larangan untuk wanita hamil tidak dibenarkan menaiki pesawat Air Asia itu dibuat atas arahan Kapten pesawat AK6220 iaitu Kapten Aharon Yarir Bin Ahmad.

melvister.com

Pasangan suami isteri, Nadnai Mokhtar dan Nasran Abdullah dilarang manaiki pesawat AirAsia ke dari Kuala Lumpur ke Kuala Terengganu pada 21 Jun 2014.

Image via ggpht.com

Menurut kapten tersebut, wanita sarat mengandung 7 bulan tidak dibenarkan untuk menaiki pesawat kerana bimbang isu keselamatan dan kesihatan wanita terbabit melainkan ada surat kebenaran dari doktor.

melvister.com

Timbul persoalan dari orang ramai mengapa mereka dibenarkan oleh Malaysia Airlines untuk terbang selama 5 jam dari Seoul ke Kuala Lumpur tetapi dihalang untuk penerbangan 40 minit dari Kuala Lumpur ke Kuala Terengganu oleh AirAsia atas sebab kecemasan.

ohmedia.my

Lebih Memilukan, Mereka Bergegas Pulang Ke Kuala Terengganu Untuk Menziarahi Bapa Si Isteri Yang Baru Saja Meninggal Dunia Dan Bakal Dikebumikan. Seorang Pengguna Facebook, Anuar Ahmad Yang Merupakan Seorang Saksi Meluahkan Kekecewaan Beliau Melalui Sebuah Status:

Saksi, Anuar Ahmad menceritakan kejadian melalui status di laman FB.

Image via melvister.com

Akibat Tidak Dibenarkan Menaiki Pesawat AirAsia Tersebut, Pasangan Itu Tidak Berpeluang Untuk Menatap Wajah Si Ayah Buat Kali Terakhir Sebelum Upacara Pengkebumian. Video Di Bawah Ini Menceritakan Segalanya.

Tinjauan Pihak SAYS Di Laman Facebook Mendapati Ramai Netizen Meluahkan Rasa Tidak Puas Hati Mereka Terhadap Tindakan AirAsia Tersebut

Image via imgur.com
Image via imgur.com
Image via imgur.com
Image via imgur.com
Image via imgur.com

Namun Begitu, Disebalik Cemuhan Dan Kritikan, Ramai Juga Bertindak Memberikan Komen Yang Rasional Serta Menerangkan Serba Sedikit Mengenai Polisi Syarikat Penerbangan

Image via imgur.com
Image via imgur.com
Image via imgur.com
Image via imgur.com
Image via imgur.com

Pasangan Tersebut Walau Bagaimanapun Telah Selamat Tiba Di Kuala Terengganu Keesokan Harinya Apabila Dibenarkan Menaiki Pesawat AirAsia Yang Lain. Tetapi Ketika Itu, Arwah Ayah Si Isteri Telah Selamat Dikebumikan.

Status dari Arereef Hisyamuddin yang merupakan salah seorang ahli keluarga mangsa.

Image via imgur.com

AirAsia Kemudian Tampil Dengan Penjelasan. Menurut Pihaknya, Keselamatan Penumpang Adalah Prioriti Yang Perlu Diutamakan Terlebih Dahulu Dan Kesemua Penumpang Seharusnya Mematuhi Garis Panduan Yang Telah Ditetapkan.

Pihak AirAsia menganggap keselamatan penumpang adalah yang paling utama.

Image via asiaroom.co

Menurut jurucakap AirAsia Berhad, penumpang hamil perlu mematuhi garis panduan ketat yang telah ditetapkan demi keselamatan mereka.

sinarharian.com.my

"Penumpang yang sepatutnya menaiki penerbangan AK6220 dari Kuala Lumpur ke Kuala Terengganu pada 21 Jun itu hamil 28 minggu dan tidak memiliki sebarang surat pengesahan dari doktor yang menyatakan beliau sihat untuk menaiki penerbangan tersebut seperti yang ditetapkan oleh syarat dan terma penerbangan. Sehubungan itu, pihak penerbangan tidak dapat membenarkan beliau menaiki pesawat atas sebab keselamatan," katanya dalam satu kenyataan.

sinarharian.com.my

Pihak AirAsia Juga Menegaskan Bahawa Pasangan Suami Isteri Terbabit Telah Diberi Penginapan Dan Penerbangan Percuma Keesokan Harinya Selepas Mendapat Pengesahan Doktor

Namun begitu, AirAsia menegaskan bahawa pihaknya telah menyediakan penginapan dan mengganti penerbangan keesokannya selepas penumpang tersebut memperoleh surat pengesahan doktor.

sinarharian.com.my

"AirAsia sediakan penginapan percuma dan menggantikan penerbangan mereka kepada keesokan harinya tanpa sebarang caj tambahan dan penumpang dibenarkan menaiki pesawat selepas mendapat surat pengesahan doktor," katanya.

sinarharian.com.my

Untuk Mengelakkan Kekeliruan, Di Sini Kami Paparkan 'Screenshot' Dari Laman Web Rasmi AirAsia Mengenai Peraturan Wanita Hamil Yang Ingin Menaiki Pesawat. Segala Butiran Terperinci Boleh Anda Dapatkan Melalui Gambar-Gambar Di Bawah.

Image via imgur.com
Image via imgur.com
Image via imgur.com

Industri Penerbangan Malaysia Telah Sering Kali Diserikan Dengan Persaingan Di Antara AirAsia Dengan Malaysia Airlines (MAS) Sejak Dari Dulu Lagi

You may be interested in: