seismik

[VIRAL] K-Pop Vs Tudung: Apa Kesudahan Kepada Kontroversi Konsert B1A4?

Ramai yang geleng kepala, ramai yang menyalahkan K-Pop, ramai yang menyalahkan ketaksuban gadis-gadis terhadap idola mereka dan ramai juga yang bersikap rasional.

Cover image via youtube.com
22 Jan — 12:21 PM

[TERKINI] JAWI Buat 'U-Turn' Tak Jadi Tangkap Gadis Dipeluk Artis K-POP

Tiga remaja perempuan bertudung yang terbabit dalam kontroversi aksi sumbang di konsert kumpulan K-Pop, B1A4 baru-baru ini mungkin terlepas daripada dikenakan tindakan apabila Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) memutuskan untuk tidak mengeluarkan waran tangkap ke atas mereka.

Minggu lalu, Pengarah JAWI, Paimuzi Yahya dilaporkan sebagai berkata, waran tangkap melalui perintah mahkamah akan dikeluarkan sekiranya ketiga-tiga wanita berkenaan tidak tampil memberikan kerjasama selepas diberi tempoh seminggu.

Bagaimanapun, sumber JAWI memberitahu jabatan itu memutuskan untuk tidak memanjangkan perkara tersebut apabila sehingga ke hari ini ketiga-tiga remaja berkenaan masih belum tampil untuk membantu siasatan.

"Kita sudah memberi mereka tempoh selama seminggu untuk tampil membantu siasatan. Tetapi sehingga ke hari ini mereka tidak berbuat demikian. Selepas berbincang, kita putuskan untuk tidak mengenakan waran tangkap ke atas mereka. Tetapi kita secara terbuka bersedia untuk memberi khidmat nasihat dan kaunseling kepada mereka,” kata sumber.

mstar.com.my
22 Jan — 12:21 PM

Pusingan U JAWI Terbabit Bagaimanapun Dipersoalkan Beberapa NGO Islam Sambil Menganggap Tindakan Itu Memalukan Dan Akhirnya Hanya Akan Memberi Kesan Buruk Terhadap Mereka

Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Amidi Abdul Manan.

Image via themalaysianinsider.com

Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Amidi Abdul Manan berkata, tindakan itu disifatkan memalukan apabila Jawi mengubah keputusan atau pendirian yang akhirnya memberi kesan buruk kepada mereka sebagai salah sebuah agensi awam yang bertanggungjawab terhadap hal ehwal agama di sini.

Beliau berkata, ia juga kelihatan seolah-olah tindakan tersebut tidak cukup matang dan gagal dipertimbangkan sebaik-baiknya.

“Ia hanya akan menyebabkan imej Islam itu tercalar. Kenapa perlu teragak-agak antara nak keluarkan waran tangkap dan tak nak. Apakah sebenarnya pertimbangan JAWI, sama ada untuk mengenakan waran tangkap dan sebaliknya? Saya berpandangan bahawa JAWI perlu ke hadapan membawa imej dakwah dan tarbiah (pendidikan) yang sebenarnya dituntut dalam Islam,” katanya.

n9kini.com
22 Jan — 12:22 PM

15 Januari: "Pahlawan Melayu" Protes K-Pop Habis-Habisan

Presiden MJMM, Abdul Rani Kulup Abdullah bersama "Pahlawan Melayu" dalam protes mini yang dilakukan.

Image via therakyatpost.com

Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) semalam telah membuat laporan polis untuk memprotes kontroversi artis K-Pop memeluk dan mencium beberapa perempuan Melayu bertudung di atas pentas baru-baru ini.

Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM), Gerak Kerja Ayahanda Negeri Selangor (GEGAS) dan Majlis Ayahanda Malaysia (PERMAS) membuat laporan di Balai Polis Gombak pada jam 11 pagi.

therakyatpost.com
16 Jan — 01:17 PM

Mereka Juga Menganjurkan Protes Mini Dengan Membawa Sepanduk Dan Kertas Kadbod, Manakala Sesetengah Daripada Mereka Berpakaian Seperti Pahlawan Melayu Tradisional Dan Pakaian Seragam Tentera

Sepanduk yang dibawa ditulis: "Kami membantah Kumpulan K-Pop. Budaya K-Pop Bukan Budaya Kita. K-Pop merosakkan akhlak anak bangsa Melayu."

Presiden MJMM, Abdul Rani Kulup Abdullah berkata, mereka mahu polis, dan juga kerajaan negeri, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) untuk siasat perkara itu.

"Perkara ini adalah satu penghinaan kepada orang Melayu dan Islam. Pihak berkuasa perlu mengharamkan semua aktiviti yang akan menghakis nilai-nilai moral masyarakat," tegas Abdul Rani.

therakyatpost.com
22 Jan — 12:21 PM

Dalam Masa Yang Sama, Menteri Komunikasi Dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek Pula Berkata, "Jangan Hukum Remaja Dipeluk Artis K-Pop Sebaliknya Didik Mereka"

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Image via antarapos.com

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, pihak berkuasa agama sepatutnya mendidik dan bukannya menghukum remaja bertudung yang dipeluk oleh artis K-Pop di sebuah konsert. Katanya, hukuman ke atas remaja berkenaan akan menimbulkan lebih banyak kontroversi dan tuduhan bahawa pihak berkuasa mengamalkan pendakwaan terpilih.

"Kalau hukum itu tapi tak hukum ini, nanti timbul (kritikan), ada hukuman yang terpilih. Tak akan habis. Pendidikan lebih penting. Adakalanya (tindakan penonton konsert) keterlaluan dan ada bersifat terlajak dan ia perlu diberi nasihat dan kaunseling. Jadi saya serah pada pihak berkenaan untuk beri tindakan yang terbaik."

"Saya rasa tindakan yang dilakukan oleh pihak berkenaan dengan menghukum bukan pemilihan yang perlu dibuat oleh setiap perkara yang berlaku. Zaman sekarang ini, ada perkara yang kita boleh kenakan tindakan undang-undang, ada perkara nasihat, pandangan pendidikan lebih penting supaya orang boleh memilih mana yang baik dan mana yang tak baik diperlakukan. (Jangan) menghukum kerana ia akan mengakibatkan kesulitan di masa depan," katanya.

malaysiakini.com
16 Jan — 01:11 PM

PAS Pula Menggesa Pihak Berkuasa Untuk Menyekat Program Berbentuk Kemungkaran Di Masa Depan

Image via hype.my

Selepas isu gadis Melayu didakwa "dicabul" artis K-Pop dari Korea Selatan, PAS ‎menggesa pihak berkuasa agar menyekat segala bentuk program yang akan menjerumuskan umat Islam ‎kepada kemungkaran.

Ketua Jabatan Alimat Dewan Ulama PAS, Mastura Ismail berkata, tindakan membiarkan lambakan program yang menyebabkan keruntuhan akhlak remaja Islam di negara ini dikhuatiri mengundang kemurkaan daripada Allah .

"Sebagai Muslimah dan ibu kepada para remaja, Jabatan Dewan Alimat PAS Pusat memandang serius terhadap gejala keruntuhan akhlak remaja Muslimah kini dan dibimbangi ia mengundang kemurkaan Allah yang lebih besar lagi," kata Mastura.

themalaysianinsider.com
15 Jan — 01:07 PM

Dalam Pada Itu, Kontroversi Ini Turut Mendapat Perhatian Dari Media Antarabangsa Seperti Portal Hiburan KpopStarz, AllKPop, KoreaBoo Dan Banyak Lagi

Nampaknya, kontroversi yang melibatkan aksi peluk cium kumpulan K-Pop, B1A4 dan gadis-gadis berhijab di Malaysia turut mendapat perhatian dari media antarabangsa.

Image via SAYS.com
Image via SAYS.com
Image via SAYS.com
15 Jan — 07:05 PM

14 Januari: B1A4 Jawab Isu Kontroversi Peluk Cium Peminat

Selepas mendapat kecaman di Malaysia, syarikat naungan B1A4, WM Entertainment menyatakan pendirian mereka mengenai isu hangat yang terjadi baru-baru ini. WM Entertainment melahirkan rasa terkejut mereka terhadap tindak balas yang diterima pada acara itu dengan menyatakan:

"Mengikuti promosi daripada penganjur acara tempatan, kami menjalankan satu acara di mana lima peminat telah dipilih untuk melakonkan semula babak dalam drama. Acara itu berlaku selepas mendapat persetujuan daripada peserta, yang telah diberikan lebih awal, dan disebabkan sebahagian daripada mereka beragama Islam, pengacara majlis bertanya sekali lagi untuk memastikan yang mereka benar-benar bersetuju sebelum acara dimulakan."

"Suasana menjadi hangat dan ia merupakan satu peristiwa yang berlaku dengan keizinan terlebih dahulu, tetapi kita benar-benar mengakui bahawa perkara seperti ini boleh dilihat melalui kanta yang berbeza. Untuk sesi bertemu peminat pada masa depan di luar negara, kami pasti akan menjadi lebih bertimbang rasa dan berhati-hati dengan budaya tempatan, jadi kita semua boleh dapat menikmati bersama-sama."

14 Jan — 07:29 PM

Sementara Itu, JAWI Memberi Tempoh Seminggu Kepada Gadis-Gadis Terbabit Untuk Memberi Keterangan Di Pejabat Mereka. Jika Gagal, Waran Tangkap Akan Dikeluarkan.

Pengarah JAWI, Paimuzi Yahya.

Image via islam.gov.my

Pengarah JAWI, Paimuzi Yahya berkata, jika remaja berkenaan tidak memberikan kerjasama, waran tangkap melalui perintah mahkamah akan dikeluarkan. Sehubungan itu, beliau menasihatkan mereka supaya memberikan keterangan bagi membantu siasatan sekali gus membolehkan kontroversi berkenaan diselesaikan dengan seberapa segera.

“Kes tersebut akan dihadapkan ke mahkamah dan sebarang hukuman atau denda ditentukan oleh badan itu setelah perbicaraan dilakukan. Seperti kes-kes terdahulu, kebiasaannya pihak mahkamah akan menghantar mereka yang disabitkan dengan kesalahan untuk menghadiri sesi kaunseling bersama Jawi,” katanya.

malaysiandigest.com
15 Jan — 07:05 PM

13 Januari: Gadis Peluk Cium Artis K-Pop Boleh Dipenjara Enam Bulan

Image via youtube.com

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) kini sedang menjejaki tiga wanita Islam yang terlibat melakukan perbuatan sumbang bersama ahli kumpulan K-Pop, B1A4 ketika penganjuran sebuah konsert di Kuala Lumpur, Sabtu lalu.

Ketua Penolong Pengarah Kanan Penguatkuasaan JAWI, Wan Jaafar Wan Ahmad berkata, setakat ini tiada pihak yang berkenaan tampil bagi membantu siasatan.

“Setakat ini, siasatan kita progesif. Tetapi kita sedang mencari di mana budak-budak perempuan itu berada untuk minta mereka bantu siasatan. Kita ada skuad di bahagian penguatkuasaan yang akan bertanggungjawab untuk menjejaki mereka. Apapun, saya nasihatkan kepada mereka yang terlibat untuk tampil sendiri kepada kita,” katanya.

mstar.com.my
14 Jan — 10:58 AM

Sementara Itu, Kertas Siasatan Berhubung Isu Tersebut Telah Dibuka Di Bawah Seksyen 29 Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1977 (Akta 559) Perbuatan Tidak Sopan Di Tempat Awam

Pengarah JAWI, Paimuzi Yahya dalam kenyataannya berkata, perbuatan peminat yang dilihat melampaui batas dan bertentangan dengan ajaran Islam itu mengganggu sensitiviti umat Islam di negara ini.

Jika disabitkan, mereka boleh didenda tidak melebihi RM1,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.

mstar.com.my
15 Jan — 07:05 PM

12 Januari: "K-Pop Merbahaya Kerana Sebarkan Fahaman Liberalisme Dan Kristianisasi"

Image via kavenyou.com

Budaya hiburan dari Korea Selatan atau K-pop membawa pakej yang merbahaya kepada umat Islam kerana menyebarkan fahaman liberalisme dan Kristianisasi, kata Timbalan Mufti Perak, Zamri Hashim.

Beliau berkata, dengan tersebarnya budaya berkenaan, tembok keimanan umat Islam sedang ditanggalkan satu demi satu jika tiada tindakan tegas daripada pihak berkuasa.

themalaysianinsider.com

Timbalan Mufti Perak, Zamri Hashim.

Image via cheriteracaed.blogspot.com

“Bollywood membawa fahaman pluralisme agama maka K-pop membawa sekali fahaman liberalisme dan Kristianisasi. Kajian rambang yang dilakukan mendapati hampir 80% daripada artis K-pop beragama Kristian. Selebihnya terdiri daripada golongan atheis, Buddha dan kepercayaan animisme. Kebanjiran filem Korea di stesen TV di Malaysia juga menyumbang kegilaan remaja wanita kepada artis ini."

“Ambillah budaya yang baik daripada orang Korea seperti rajin bekerja, sayangkan identiti diri dan lain-lain. Jangan jadikan perbuatan kalian menjadi fitnah kepada rakan muslimah lain yang bertudung. Sesungguhnya wanita yang bertudung sepatutnya menjaga maruah. Sesungguhnya wanita muslimah itu sudah mulia dengan Islam, mereka tidak memerlukan kepada kerendahan serta kehinaan hawa nafsu,” kata Zamri.

themalaysianinsider.com
13 Jan — 12:14 PM

Sementara Itu, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) Akan Mengambil Tindakan Sewajarnya Terhadap Penganjur Konsert Berkenaan

Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Datuk Othman Mustapha.

Image via sataypanas.com.my

Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Datuk Othman Mustapha berkata perbuatan beberapa gadis Melayu bertudung dipeluk dan dicium oleh anggota artis K-Pop, B1A4, pada Sabtu lepas adalah sesuatu yang sangat memalukan rakyat Malaysia terutamanya umat Islam di negara ini.

"Gadis Melayu yang terbabit dalam insiden itu dilihat terlalu obses terhadap artis K-Pop berkenaan, perlakuan tidak senonoh di khalayak ramai sememangnya boleh dijangka apabila penganjur konsert tidak memberi perhatian serius mengenai kesan baik dan buruk acara hiburan itu," kata Othman.

bernama.com
13 Jan — 12:14 PM

JAKIM Berkata Penganjur Konsert Harus Bertanggungjawab Terhadap Apa Yang Berlaku Kerana Garis Panduan Hiburan Dalam Islam Telah Pun Diterbitkan Pada 2007

"JAKIM tidak diberitahu mengenai penganjuran konsert ini. Sehubungan itu, saya menyeru semua pihak, penganjur dan pihak yang meluluskan acara hiburan memberi perhatian serius mengenai kebaikan dan keburukan dalam penganjuran acara."

"Dalam memenuhi tuntutan agama Islam, sebarang acara yang bertentangan dengan moral, akhlak, tatasusila dan budaya Malaysia tidak wajar dibenarkan, tiada istilah kebebasan dan hak peribadi dalam melakukan perkara yang bertentangan dengan syarak," katanya lagi.

bernama.com
12 Jan — 07:29 PM

Rasanya, Semua Pun Sudah Sedia Maklum Mengenai Isu Hangat Di Mana Gadis-Gadis Bertudung Dipeluk Dan Dicium Artis K-Pop, B1A4 Bukan?

Image via youtube.com
Image via youtube.com
12 Jan — 06:54 PM

Video Yang Dimuat Naik Oleh Sukan Star TV Pada 11 Januari 2015 Mendapat Liputan Meluas Di Facebook Sehingga Mendapat Lebih 45,000 'Share' Dan Lebih 1.7 Juta Tontonan Dalam Masa 24 Jam

12 Jan — 07:38 PM

Isu Ini Terlalu Kontroversi Sehingga Munculnya Hashtag #MenentangKejahatanKpop Di Twitter Sekali Gus Mendapat Tempat Pertama Dalam 'Worldwide Trends'

Image via Twitter
12 Jan — 07:29 PM

Susulan Daripada Itu, Orang Ramai Mula Menuding Jari Kepada Pelbagai Pihak. Tetapi Ada Juga Yang Mempersoalkan Mengapa Isu Ini Perlu Diperbesar Sedangkan Anak Muda Zaman Sekarang Turut Melakukan Perkara Yang Serupa Di Tempat Awam.

Image via SAYS.com
Image via SAYS.com
13 Jan — 10:07 AM

Ada Juga Pihak Yang Mengutuk Penggunaan Perkataan "Mencabul" Oleh Pihak Media

Image via SAYS.com
Image via SAYS.com
12 Jan — 07:29 PM

Saksi Kejadian Yang Hadir Turut Mengutarakan Pendapat. Menurut Mereka, Kumpulan B1A4 Sudah Bertanyakan Kepada Gadis-Gadis Tersebut Sama Ada Mereka Selesa Atau Tidak Dengan Aktiviti Yang Bakal Dilakukan. Namun, Kesemuanya Didapati Memberi "Restu".

Image via Twitter
Image via ohbulan.com
12 Jan — 07:49 PM

Dalam Pada Itu, Menteri Belia Dan Sukan, Khairy Jamaluddin Tidak Melepaskan Peluang Dalam Memberi "Nasihat" Kepada Para Gadis Yang Meminati K-Pop

12 Jan — 07:29 PM

Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Pula Berpendapat Gila Atau Minat Mendalam Terhadap K-Pop Umpama Pemujaan Guru Ajaran Sesat Yang Melanggar Batas-Batas Agama. Oleh Itu, Sesiapa Yang Terlibat Wajib Bertaubat.

Image via youtube.com

“Saya melihat ini sebagai satu sikap pemujaan terhadap artis secara berlebih-lebihan sehingga hilang rasional diri dan mengetepikan larangan agama."

"Perkara ini amat dikesali. Mereka yang terlibat perlu memohon keampunan kepada Allah. Ia salah, mendatangkan dosa dan dibuat secara terang-terangan, boleh mengundang kemurkaan Allah yang besar. Mereka perlu berhati-hati."

“Mereka di media sosial kurang menyenangi gadis bertudung terbabit. Ini menunjukkan nilai persamaan rakyat Malaysia dalam isu ini. Nilai bersama ini perlu didokumenkan sebagai budaya masyarakat Malaysia. Artis luar perlu diingatkan perilaku yang sesuai dengan masyarakat Malaysia," kata Presiden ABIM, Amidi Abd Manan.

themalaysianinsider.com
12 Jan — 07:38 PM

Konsert B1A4 Ini Telah Diadakan Pada 10 Januari 2015 Di KL Live Dalam Siri Bertemu Peminat Di Malaysia Yang Dianjurkan Oleh TGM Events

Image via SAYS Facebook
12 Jan — 07:29 PM

Pihak Penganjur, TGM Events Telah Pun Mengeluarkan Kenyataan Rasmi Di Samping Memohon Maaf Berhubung Isu Hangat Yang Menular Sepanjang Berlangsungnya Konsert Berkenaan. Baca Kenyataan Penuh Di Bawah:

Image via imgur.com

[KENYATAAN RASMI PENGANJUR]

RE: B1A4 SPECIAL FANMEETING IN KUALA LUMPUR

Kami menyedari bahawa sebahagian daripada pengisian program yang disebutkan di atas mendapat perhatian daripada pihak media.

Sebagai penganjur acara, kami berasa bertanggungjawab untuk menjelaskan insiden yang berlaku melibatkan anggota kumpulan B1A4, pihak pengurusan dan yang paling utama, BANAs yang merupakan para peminat B1A4.

1) Peminat dipilih secara rawak, berdasarkan soalan yang mereka letakkan pada papan mesej bersama nama pertama mereka. Pihak artis, pengurusan artis dan penganjur tidak tahu identiti peminat yang dipilih itu sehinggalah mereka dibawa ke atas pentas.

2) Ia bukan sebahagian daripada protokol standard artis K-Pop untuk melayan peminat secara dekat. Walau bagaimanapun, memandangkan ini merupakan acara khas bertemu peminat, program ini dibuat khusus untuk menjalin keterlibatan dan interaktiviti peminat. Sebelum acara bermula, hos acara telahpun mengingatkan peminat supaya tidak menyentuh atau berada terlalu dekat dengan anggota kumpulan penyanyi tersebut. Mengenai klip parodi yang perlu dilakonkan semula, anggota B1A4 telah bertanya dan menjelaskan kepada peminat yang terpilih itu sama ada mereka tidak selesa dengan aktiviti berkenaan. Namun, peminat yang terpilih itu telah memberi kebenaran di atas pentas, di hadapan semua penonton.

3) Sebagai syarikat yang sebahagian besarnya diusahakan oleh wanita, kami tidak sekali-kali membenarkan perlakuan cabul atau gangguan seksual seperti yang digembar-gemburkan media. Istilah tersebut telah digunakan di luar konteks dan adalah sangat mengecewakan bagi kami untuk melihat gaya kewartawanan yang tidak bertanggungjawab.

4) Kami tidak mendiskriminasi mana-mana peminat berdasarkan kaum atau agama mereka. Oleh sebab itu, program-program kami dirancang bersesuaian dengan minat audiens kami. Soal menghalang peminat daripada melakukan aktiviti yang mereka mahu sertai secara sukarela adalah bukan dalam bidang kuasa kami.

5) Kami juga tidak melayan gangguan secara dalam talian. Maka, kami tidak akan mengeluarkan sebarang maklumat tentang peminat yang terlibat. Kami melindungi privasi mereka termasuk dari aspek fizikal dan psikologi.

Kami dengan ikhlas meminta maaf atas masalah yang timbul ke atas artis dan peminat disebabkan laporan ini. Pada masa akan datang, kami akan mempertimbangkan implikasi budaya dan agama dalam hal interaksi antara peminat dan artis.

facebook.com
12 Jan — 07:38 PM

Diharap Kenyataan Tersebut Dapat Menamatkan Kontroversi Yang Berlaku Sekitar Konsert B1A4. Bagi Yang Belum Menyaksikan Video Berkenaan, Anda Boleh Saksikannya DI SINI:

12 Jan — 10:14 PM

Apa Pendapat Anda? Kongsikannya Kepada Kami Di Facebook Atau Twitter Beserta Hashtag #B1A4Malaysia.

12 Jan — 06:56 PM

JUGA DI SAYS: [MESTI BACA] Perlukah Hijab Dijadikan Isu Dalam Pengambilan Pekerja?

You may be interested in: