seismik

“Virus Covid Boleh Tersebar Melalui Gigitan Nyamuk” & 5 Lagi Mitos Merepek Tentang Covid19

Mengarut je semua ni.

Cover image via Odisi

Mungkin ramai yang masih keliru apabila mendengar perkataan Covid-19 dan Koronavirus

Gambar sekadar hiasan.

Image via Google

Untuk pengetahuan anda, perkataan Covid-19 itu sendiri bukan merujuk kepada virus tetapi merujuk kepada nama penyakit yang disebabkan jangkitan Koronavirus ini.

Menurut laporan, pada babak permulaan pandemik dunia ini, perkataan virus Wuhan (Wuhan Virus) digunakan sebelum badan kesihatan dunia (World Health Organization - WHO) mengeluarkan sebarang garis panduan.

Malah, Amerika Syarikat juga dalam beberapa kenyataan menggunakan perkataan Chinese Virus (Virus China) yang bersifat agak perkauman dan negatif dalam keadaan dunia berhadapan pandemik terbaru.

WHO kemudian membuat keputusan menamakan virus ini secara rasmi sebagai Severe Acute Respiratory Syndrome Coronavirus 2 (SARS-CoV-2)

Gambar sekadar hiasan.

Image via VIVAnews

Oleh itu, bagi mengelakkan kekeliruan dengan wabak SARS yang melanda Asia pada awal tahun 2003, WHO telah menamakan penyakit yang disebabkan SARS-CoV-2 ini sebagai Coronavirus Disease (Covid-19).

Namun, tahukah anda bahawa sehingga kini beberapa mitos tentang wabak pandemik Covid-19 ini telah dikeluarkan oleh orang ramai?

Gambar sekadar hiasan.

Image via Sinar Harian

Di bawah merupakan antara enam mitos yang sering menjadi tanda tanya orang ramai terhadap kesahihan mitos tersebut.

1. MITOS: Minum alkohol boleh mematikan virus Covid-19

FAKTA: Ianya adalah TIDAK BENAR.

Ini kerana alkohol yang diminum tidak membunuh virus dalam badan manusia. Malahan, ia berbahaya dan meningkatkan risiko penyakit serta masalah kesihatan yang lain. Alkohol sebaiknya digunakan untuk mensanitasi tangan dan permukaan dalam memutuskan rantaian Covid-19.

2. Air rebusan ketum dijadikan sebagai ubat alternatif untuk pesakit Covid-19

FAKTA: Tiada bukti saintifik ataupun kajian makmal yang membuktikan air ketum mampu melawan Covid-19.

Tiada laporan yang mengatakan ia mampu untuk menghalang virus. Malahan, pokok ketum mengandungi bahan-bahan psikoaktif mitragynine yang memberi kesan stimulan, sedatif dan euphoria yang boleh menyebabkan penagihan.

3. Sekali terjangkit Covid-19, selamanya akan ada virus dalam badan bekas pesakit

FAKTA: TIDAK BENAR.

Pesakit yang dijangkiti Covid-19 boleh mendapatkan rawatan perubatan di fasiliti kesihatan. Virus boleh hilang dengan rawatan yang tepat dan betul kepada pesakit.

4. Cuaca sejuk atau panas boleh membunuh virus Covid-19

FAKTA: Cuaca sejuk mahupun haba tidak boleh mematikan virus Covid-19 yang berada dalam badan manusia.

Suhu normal badan manusia adalah sekitar 36.5-37.0 darjah celcius tidak terkesan dengan cuara atau suhu luaran/persekitaran.

5. Bungkusan atau parcel boleh menyebabkan jangkitan Covid-19

FAKTA: CDC menyatakan bahawa terdapat individu yang dijangkiti Covid-19 namun tidak menunjukkan sebarang gejala.

Ini mungkin berlaku apabila individu tersebut menyentuh permukaan yang berpotensi telah tercemar dan menyentuh muka, mata ataupun hidung.

6. Covid-19 boleh disebarkan melalui gigitan nyamuk

FAKTA: Covid-19 boleh disebarkan melalui titisan pernafasan daripada individu yang telah dijangkiti, malah BUKAN melalui jangkitan nyamuk.

Kesimpulannya, jangan sebarkan sesuatu yang masih belum disahihkan daripada mana-mana pihak atasan atau Kementerian Kesihatan Malaysia.

Image via Hello Doktor

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Jangan mudah percaya mitos!

Buat kajian dulu kalau betul-betul nak tahu tentang sesuatu.