seismik

6 Mitos Tentang ‘Scaling’ Gigi Yang Ramai Percaya Tapi Sebenarnya Langsung Tak Masuk Akal

Buat research terlebih dahulu! #PerangLawanMitos

Cover image via Dr Safwan Majid

Banyak mitos yang selalunya dipercayai oleh masyarakat tentang banyak perkara. Contohnya, tidak boleh mandi pada waktu malam, takut diserang penyakit paru-paru berair dan sebagainya.

Mitos-mitos ini membuatkan ramai orang keliru.

Kini muncul pula dengan mitos yang sememangnya langsung tidak masuk akal iaitu mitos scaling gigi.

Pelbagai perkara tidak elok tentang mitos scaling gigi ini sehingga satu tahap anda sendiri akan rasa bahawa semua itu langsung tidak boleh dipercayai dan mengarut.

Image via Tabloid Sophia

Seorang doktor gigi di laman Twitter iaitu Dr Iqbal Rosali telah berkongsi enam mitos yang selalunya dipercayai oleh ramai orang apabila melakukan scaling gigi, namun semuanya tidak benar.

Baca perkongsian penuh di bawah:

1. MITOS: Scaling menyebabkan gigi anda akan jarang

FAKTA: Scaling TIDAK menjadikan gigi kita jarang. Sebaliknya ruang yang tinggal adalah disebabkan kita telah menyingkirkan karang gigi. Ruang ini akan tertutup setelah gusi sembuh dan dijaga dengan baik.

Image via YouTube

2. MITOS: Scaling akan menjadikan gigi anda nipis

FAKTA: Scaling berfungsi secara getaran, bukan menghakis. Mata scaling juga digunakan ke atas karang gigi, bukannya gigi. Mekanisme ini TIDAK menghakis permukaan gigi dan menjadikan gigi nipis.

Image via Tiga Dental

3. MITOS: Scaling akan menyebabkan gigi anda sensitif

FAKTA: Apabila banyak sangat karang gigi, gusi semakin susut. Ini menyebabkan permukaan akar gigi TERDEDAH & gigi menjadi sensitif. Jadi, perlulah scaling untuk singkirkan karang gigi & memulihkan gusi supaya tidak rasa sensitif

Image via Hello Sehat

4. MITOS: Scaling akan menyebabkan gigi anda bergoyang

FAKTA: Sebenarnya sokongan kepada gigi oleh gusi telah BERKURANG apabila terbentuknya karang gigi yang tebal. Gusi semakin lama semakin menyusut jika karang gigi tidak scaling.

Akhirnya gigi bergoyang. Dengan scaling dan gusi boleh kembali pulih.

5. MITOS: Scaling adalah untuk memutihkan gigi anda

FAKTA: Untuk putihkan gigi, namanya whitening. Scaling boleh dilakukan untuk menghilangkan stain tetapi bukan untuk putihkan gigi. Walabagaimanapun, menghilangkan stain bukanlah tujuan utama scaling.

6. MITOS: Jika sudah berus gigi sebanyak dua kali sehari, anda tidak perlu scaling lagi

FAKTA: Ini kurang tepat. Walaupun sudah gosok gigi 2 kali sehari, masih akan ada permukaan yang terlepas. Yang penting, perlu periksa gigi dulu, kemudian baru kita boleh nilai perlukan scaling atau tidak.

Image via CARI Infonet

NOTA TAMBAHAN: Scaling adalah rawatan terbaik untuk merawat karang gigi. Dapatkan pemeriksaan gigi setiap 6 bulan.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Baca mitos-mitos lain yang telah membuatkan ramai orang keliru:

You may be interested in: