seismik

"Gemuk IS Gemuk!" - Dietitian Jelas Istilah Gemuk Air, Angin & Toksin Itu Hanya Mitos!

Perut buncit tu bukan sebab banyak air, ya!

Cover image via Facebook Dietitian Fizah Sobri

Ramai yang mengalami berat badan berlebihan susah nak turunkan berat dengan alasan ianya 'gemuk air'

Bukan itu sahaja, ada juga yang claim badan mereka susah untuk turunkan berat gara-gara tulang mereka berat.

Tidak lari pula dengan penjual-penjual produk kuruskan badan yang mana mengatakan produk mereka itu mampu menghilangkan gemuk toksin yang terkandung dalam badan.

Namun tahukah anda bahawa semua yang dinyatakan di atas itu adalah tidak benar sama sekali?

Seorang pakar pemakanan, Fizah Sobri, telah tampil berkongsi fakta mengenai mitos jenis-jenis gemuk menerusi satu posting di laman Facebook miliknya

Menurut Fizah, tidak ada istilah gemuk air, gemuk angin mahupun gemuk toksin seperti yang sering disebutkan orang ramai.

Bahkan badan seseorang yang sihat mampu untuk mengawal pelbagai perkara demi memastikan badan sentiasa berfungsi dengan baik.

Baca perkongsian penuh di bawah:

Hangpa ni memang sajaaaaa je nak suh cik bebel pagi-pagi ni

Tahu tak badan manusia merupakan satu ciptaan Tuhan yang sangat amazing???

Jika anda SIHAT badan mampu untuk mengawal pelbagai perkara untuk kekal berfungsi dengan baik.

Minumlah banyak mana... Nanti anda kencing banyak. Makanlah makanan masam (pH rendah). pH darah tetap akan kekal sama.

Celah mana pula datang jenis-jenis gemuk ni? Meh dietitian kupas kenapa jenis-jenis gemuk tak wujud.

Gemuk air

Dalam badan 45-55% adalah dari cecair (darah,air dalam sel,air liur dan lain-lain). Bukan air kosong seperti yang kita minum tu.

Kalau anda minum air lebih (macam yang nak diet sampai minum lebih 2L sehari) badan anda tidak akan menyerap air yang banyak-banyak tu tapi keluarkan melalui air kencing.

Image via Donna

JIKA ANDA SAKIT seperti ada masalah buah pinggang baru anda akan gemuk air sebab organ tersebut tak mampu nak membuang air berlebihan dan antara simptomnya bengkak kaki dan tangan sampai apabila tekan dengan jari bekas tekan tu tak hilang tau.

Nak sangat gemuk air? Taknak mengaku gemuk? Haaa mintala. Itu tanda sakit buah pinggang.

Gemuk angin

Ini lagi rasa nak face palm.

Ye memang apabila makanan beberapa jenis makanan, badan akan meningkatkan penghasilan angin dalam bentuk kentut/sendawa tapi mana ada angin tu nak simpan celah kulit, organ bagainya. Kalau ada dalam perut sekejap je.

Anda lepas (lepas senyap ke bunyi kuat ke) dah selesai.

Kenapa jadi begini? Sebab ada jenis-jenis makanan terutama yang berubi dan kacang kekacang menjadi probiotik/keadaan bakteria baik dalam perut aktif lebih.

Dapat makan banyak probiotic ni menghasilkan pengeluaran banyak dan ini membawa kepada pengeluaran gas banyak.

Gemuk angin? Mengaku jela kentut. Takyah nak cakap gemuk angin. Malu sekejap je. Kita ni bukannya katak boleh serap angin dekat kulit.

Gemuk toksin

Ni paling tak tahan.

Tengah fikir-fikir macam mana boleh dapat idea gemuk toksin? Yang buat ni pun boleh tahan kreatif.

Seperti biasa badan adalah perfect jika anda sihat dan mampu keluarkan toksin sendiri
Organ buah pinggang, hati, usus semua sistem perkumuhan yang tiptop tak perlu nak amalkan detoxification diet la, ubat bersihkan kerak usus la sebab semua badan pun sudah buat dengan lebih mantap.

Image via Google

Kalau toksin naik sikit je dalam badan. Tak perlu sampai ke gemuk toksin pun.. Kesannya anda terus rasa seperti gatal-gatal kulit, kulit/putih mata warna kuning, letih lesu. Ini semua antara tanda-tanda buah pinggang dan hati makin rosak.

Tu saya pesan jangan cakap anda gemuk toksin. Mengarut. Itu ibarat anda doakan diri sendiri sakit. Nak sakit ke?

Ada satu jenis gemuk sahaja iaitu gemuk lemak

Tiada istilah berat tulang. Tulang makin tua makin ringan ada juga.
Tiada istilah berat otot. Kalau banyak otot takkan 1 pack je perut tu.
Tiada istilah berat dosa. Dosa tak boleh ditimbang di penimbang. Kalau boleh confirm semua taubat kan.

Terima jelah hakikat GEMUKS IS GEMUKS.
Hanya gemuk lemak sahaja wujud.

Oleh itu, selepas ini janganlah kita sebut lagi pasal gemuk air lah gemuk toksin lah yang memang sah sah tidak betul!

Image via Gif Finder

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Nak kurus? Boleh baca tips diet di SAYS Seismik!

You may be interested in: