seismik

Turun 42 KG Dalam Masa 5 Bulan, Lelaki Ini Kongsi Tips Diet Cara 'Calorie Deficit'. Power!

Hakimi berjaya menurunkan berat badan dari 120kg kepada 78kg.

Cover image via Twitter @hakimihamdan97

Baru-baru ini, menerusi laman Twitter, seorang lelaki telah berkongsikan tips dan cara dia menurunkan berat badan sebanyak 42 kg dalam tempoh lima bulan

Hakimi Hamdan yang sebelum ini mempunyai berat sebanyak 120kg telah berjaya menurunkannya kepada 78kg menerusi diet 'calorie deficit'.

Calorie deficit secara amnya adalah apabila badan kita menggunakan lemak-lemak berlebihan yang disimpan di dalam badan sebagai sumber tenaga dan seterusnya penurunan berat badan dapat dicapai.

Calorie deficit 
adalah keadaan dimana badan membakar kalori yang lebih banyak berbanding kalori yang kita makan: Calories Out (Calories Burned) > Calories In.

Sebagai contoh, sekiranya tubuh seseorang itu memerlukan 2,500 kalori (tenaga) setiap hari, tapi dia hanya makan dalam 2,000 kalori sahaja untuk hari itu. Maka, lagi 500 kalori yang diperlukan diambil dari lemak dalam badan dan dibakar menjadi tenaga.

Tambahnya lagi pengiraan ini sebenarnya digunakan sebagai asas oleh semua jenis diet seperti diet Atkins dan sebagainya.

Setiap orang memerlukan jumlah kalori dalam tubuh yang berbeza mengikut umur, jantina dan aktiviti harian masing-masing

Mengikut gambar rajah di bawah menjelaskan jumlah kalori yang perlu diambil setiap orang berdasarkan jenis aktiviti harian yang dilakukan oleh mereka. Terdapat tiga kategori iaitu sedentary (untuk mereka yang belajar dan kerja dalam ofis), moderate dan active (untuk mereka yang bekerja sebagai buruh kasar dan lain-lain).

Dalam perkongsiannya, Hakimi yang merupakan seorang pelajar sebenarnya memerlukan 2,400 kalori setiap hari. Namun, kerana ingin mempercepatkan proses penurunan berat badan, Hakimi memilih untuk mengambil hanya 1,000 kalori setiap hari.

Meskipun begitu, dia tidak menyarankan orang lain untuk mengikuti jejak langkahnya dan mengikut sahaja apa yang telah disarankan dan mengurangkan jumlah keperluan kalori harian sudah memadai.

Tambah Hakimi lagi, dia memuat turun dan menggunakan aplikasi seperti Myfitnesspal dari Under Armour ini untuk membantunya membuat pengiraan kalori

Aplikasi tersebut turut mempunyai lauk-pauk masakan Malaysia maka tidak susah untuk warganegara yang ingin menurunkan berat badan menggunakannya.

Selain menggunakan aplikasi tersebut, boleh juga baca jumlah kalori dalam makanan yang dibeli di bahagian belakang pakej makanan.

Walau bagaimanapun, untuk memastikan diet calorie deficit ini menjadi, pemakanan yang diambil haruslah seimbang iaitu cukup protein, karbohidrat serta lemak.

Jadi untuk mendapatkan berat badan ideal, bolehlah kurangkan pengambilan karbohidrat dan tingkatkan pengambilan protein.

Sehubungan dengan itu, dalam mempercepatkan proses menurunkan berat badan Hakimi mengambil makanan yang sememangnya sudah rendah kalori, agar dia boleh mengambil makanan tersebut dalam portion yang banyak sehingga kenyang namun tetap rendah dari segi pengiraan kalori.

Selain itu, Hakimi yang mengaku dirinya penggemar sayur turut berkongsikan beberapa menu sayuran yang diambilnya.

Jangan disangka sudah diet maka tidak perlu bersenam kerana senaman juga memainkan peranan dalam kuruskan badan!

Bercerita mengenai senaman yang dilakukannya, Hakimi memberitahu pemakanan adalah satu perkara yang sangat penting kerana penurunan berat badan yang berjaya 80% adalah dari pemakanan.

Bagi yang mahu fokus untuk menurunkan berat badan perlu melakukan 20% senaman kardio seperti berlari, zumba, berenang, bermain badminton dan sebagainya.

Buat Hakimi sendiri, dia telah memulakan dengan berjoging sebanyak 1km, kemudian meningkat menjadi 2km, 3km dan sehinggalah 10km.

Akhir sekali, paling penting sekali adalah, MINUM AIR MASAK 3L SETIAP HARI! Ini kerana dengan meminum air banyak boleh meningkatkan tahap metabolisme seseorang. 

Image via Al-Raudhah

Badan kita akan berfungsi dengan optimum apabila kita mempunyai kandungan air yang mencukupi di dalam badan kita. Maka dengan itu, proses penurunan berat badan akan menjadi lebih cepat dan lebih mudah.

Hakimi telah merumuskan proses penurunan berat badannya kepada 4 perkara penting:

  1. Calorie Deficit Diet.
  2. 3 liter air setiap hari.
  3. Senaman
  4. Tidur yang cukup sekurang-kurangnya 6 jam.

Apa lagi?

Yang berkemampuan boleh try diet ini. Ingat, no pain, no gain!

Image via giphy.com

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Boleh juga try diet Intermittent Fasting!

Lagi tips diet di SAYS Seismik:

You may be interested in: