Isteri Bantu Suami Turun Berat Sebanyak 28Kg Dalam Masa 3 Bulan Dengan 4 Langkah Ini
Selain memilih jenis makanan yang sesuai, 4 langkah mudah ini tidak memerlukan sebarang pengambilan sebarang ubat kurus malah juga stress-free!
Ramai yang sanggup berhabis duit dan menelan pil kurus semata-mata untuk mendapatkan berat badan idaman
Tapi sebenarnya ada cara sihat untuk menurunkan berat badan tanpa perlu berbelanja pun iaitu dengan hanya mengamalkan cara pemakanan yang sihat ditambah dengan senaman ringan.
Namun begitu, untuk seseorang itu mendapatkan berat badan yang ideal, dia juga memerlukan semangat dan sokongan daripada orang sekeliling bagi membantunya mencapai matlamat yang diidamkan.
Mendapatkan berat badan ideal bukan sahaja mengelakkan seseorang itu daripada penyakit-penyakit berbahaya seperti sakit jantung, diabetes, darah tinggi dan lain-lain bahkan kesihatan mental juga akan terjaga. Bak kata pepatah, "badan sihat, otak pun cerdas."
Puan Farihah Zulkifle telah berkongsikan langkah-langkah untuk membantu suaminya turunkan berat badan sebanyak 28kg dalam masa 3 bulan
Perkongsian Puan Farihah di laman Facebook miliknya yang telah mendapat lebih 2 ribu shares itu membuktikan bahawa sokongan dan dorongan seorang isteri memainkan peranan penting dalam menentukan berat badan bagi suami.
Selain berkat air tangannya dalam menyediakan masakan dan makanan yang bersesuaian, Puan Farihah turut berkongsikan 4 langkah mudah untuk turunkan berat badan suaminya tanpa pengambilan sebarang ubat kurus malah stress-free sepanjang tempoh mendapatkan berat badan yang ideal.
Ikuti perkongsian Puan Farihah di bawah:
(1) Makan suku-suku separuh
Ini penting. Suku karbohidrat. Suku protein. Separuh gabungan buah dan sayuran. Makan 3 kali sehari ikut portion ni. Bila lapar, makan buah. Tapi diet ni jarang buat kita lapar sebab nutrisi cukup. Tapi awas ye, sukatan kena tepat. Jangan mengelat. Contoh-contoh menu suku-suku separuh ada di gambar.
(2) Buat senaman yang kita suka
Suami hanya bersenam 1 jam setiap hari. Samada berenang atau jalan-jalan di mall. Senam tak semestinya yang membebankan. Bila kita buat benda yang kita terpaksa, benda tu takkan bertahan lama. Buat benda yang kita enjoy.
(3) Air kena cukup
3 liter sehari. Ikut keperluan badan dan aktiviti hari tu. Kita boleh tahu body kita tak cukup air bila bibir merekah dan air kencing bewarna pekat. Dan yang penting untuk tips minum air, apa yang penting adalah penyerapan air, bukan berapa banyak liter yang kita minum. Jadi, tips penting, minum sikit-sikit tapi dengan kerap.
(4) Tidur yang cukup
Makan awal. Lepas maghrib dah kena stop makan. Suami selalu akan tidur tidak lewat dari jam 10 malam dan bangun jam 5 pagi. Tidur yang cukup dapat elak body stress. Stress akan menggangu penurunan berat badan.
Semoga bermanfaat dan dapat beri inspirasi kepada yang masih berhempas pulas untuk dapatkan berat ideal.