Turun 6KG Dalam Seminggu Dengan 'General Motors Diet'. Macam Mana Nak Buat GMD? Baca Sini!
Shiena yang sebelum ini mempunyai berat sebanyak 80.4kg telah berjaya turun kepada 74.2kg dalam masa hanya seminggu!
Sudah menjadi lumrah setiap wanita inginkan tubuh badan yang langsing, ramping dan menawan
Untuk mencapai berat badan yang diingini, seseorang itu memerlukan motivasi dan dedikasi yang kukuh. Namun begitu, ramai yang gagal sama ada mereka berhenti separuh jalan ataupun berat badan tidak susut walau pelbagai usaha telah dilakukan.
Banyak petua telah disarankan untuk mengurangkan berat badan. Sama ada mengurangkan pengambilan makanan atau minuman manis, mengurangkan memakan makanan berminyak, tidak makan nasi langsung, banyakkan bersenam dan bersukan serta lain-lain.
Walau bagaimanapun keadaan pasti berbeza buat mereka yang mengalami kesukaran menurunkan berat badan. Kesibukan harian dan kurangnya motivasi merupakan antara cabaran utama yang dialami dalam menurunkan berat badan. Namun begitu, hal ini boleh ditangani dengan pengamalan diet yang sesuai.
Terdapat satu diet yang membolehkan seseorang itu hilangkan berat badan di antara 5-8 kg dalam masa hanya seminggu!
Seorang wanita telah membuat perkongsian di laman Facebook tentang salah satu cara menurunkan berat badan iaitu melalui kaedah General Motors Diet (GMD).
Shienasan Abdullah atau lebih mesra disapa Shiena telah melakukan eksperimen diet tersebut terhadap dirinya pada 7 April sehingga 14 April yang lalu, dan telah berjaya mengurangkan berat sebanyak 6.2kg!
Shiena yang sebelum ini mempunyai berat sebanyak 80.4kg telah berjaya turun kepada 74.2kg dalam masa hanya seminggu, semuanya gara-gara menu ketat, tapi sedap, yang diamalnya itu.
Baca perkongsian penuh di bawah:
Assalamualaikum semua sahabat positif Ina. Mesti ramai yang sedang menunggu result penurunan berat badan Ina selama 7 hari buat GM Diet kan? Maaf lewat sikit update sebab anak Ina tak berapa sihat.
Alhamdulillah berjaya juga Ina habiskan misi 7 hari GM Diet dan dapat turunkan berat sebanyak 6.2kg.
Ina hanya makan menu seperti yang disarankan. Sehari Ina makan 3 kali. Tidak ada tambahan Puasa Sunat atau IF atau OMAD atau yang selainnya. Bila rasa lapar je, anda boleh makan hingga kenyang.
Perlu diingatkan result penurunan berat setiap badan adalah berbeza. Jika turun banyak itu rezeki. Kalau turun sikit jangan give up, teruskan saja diet seperti biasa hingga hari ke-7.
Apa itu GM Diet?
General Motors Diet
Diet GM pertama kali dikandung khusus untuk pekerja di General Motors, Amerika Syarikat. Program diet 7 hari ini adalah bidang yang diuji oleh Pusat Penyelidikan John Hopkins dan hasilnya telah diluluskan oleh pengurusan atasan General Motors. Program diet ini berjaya meningkatkan tahap kesihatan dan kecergasan pengurusan General Motors, sekali gus meningkatkan daya saing produk General Motors.
Diet GM dirancang untuk menurunkan berat badan sekitar 5-8 kg dengan aman dalam satu minggu. Diet GM juga bersifat detoksifikasi serta memperbaiki pola makan serta emosi.
Diet GM adalah program diet 7 hari penuh dengan pelbagai jenis makanan setiap hari. Semasa diet harus minum sekurang-kurangnya 10 gelas air setiap hari dan tidak minum alkohol semasa program diet.
Diet GM dapat diulang sekali sebulan tanpa mengganggu keseimbangan gizi. Berat badan ideal maksimal anda adalah 22.5 x Tinggi Badan (M) x Tinggi Badan (M).
Bila tinggi badan anda 162 cm, maka berat badan maksimum anda adalah 22.5 x 1.62 x 1.62 = 59 kg.
Ibu menyusu yang berlebihan berat badan, penderita diabetes mellitus, penderita penyakit jantung, penderita penyakit lambung (gastritis) sangat di sarankn untuk melakukan diet ini.
Pelan Pemakanan GMD:
Hari pertama: Buah-buahan, kecuali pisang.
Pada hari pertama ia hanya dibenarkan makan buah-buahan. Apa-apa buah di benarkn kecuali pisang. Anda boleh makan sehingga anda kenyang. Ia disyorkan untuk mengambil lebih banyak tembikai dan buah rock melon.
Hari kedua: Sayur-sayuran.
Hari kedua hanya dibenarkan makan sayur-sayuran. Apa-apa yang mentah atau di masak. Boleh dimasak tumis, sup atau direbus. Membuat pecal juga boleh digunakan selagi jumlah kacang adalah terhad.
Tiada had untuk jenis sayuran dan boleh makan hingga kenyang.
Hari ketiga: Sayuran dan buah-buahan.
Hari ketiga hanya dibenarkn makan sayur-sayuran dan buah-buahan sahaja kecuali buah pisang. Tiada had pengambilan dan boleh makan sehingga kenyang.
Hari keempat: Pisang dan susu rendah lemak.
Pada hari keempat, hanya 8 biji buah pisang dimakan dan meminum 3 gelas susu rendah lemak. Tidak makan jenis makanan lain. Jika anda alah kepada susu lembu (intoleransi laktosa), anda boleh menggantikannya dengan susu soya.
Jika anda tidak makan buah pisang boleh gantikn dengan buah jambu, buah kiwi atau tembikai.
Hari kelima: Daging, ikan dan tomato.
Pada hari kelima, hanya dibenarkan makan daging atau ikan dan tomato.
500 grm daging lembu dan 6 biji tomato adalah menu utama pada hari kelima. Daging hamburger atau meatball dibenarkan. Lebihkan minum air putih untuk membersihkan sistem pencernaan.
Daging lembu boleh digantikan dengan ayam tanpa kulit atau tempe untuk vegetarian. Jika anda tak makan buah tomato boleh gantikan dengan buah belimbing.
Hari keenam: Protein dan sayur-sayuran.
Pada hari keenam hanya di benarkan memakan daging atau ikan dan sayur-sayuran. Tiada had pengambilan dan boleh makan hingga kenyang.
Hari ketujuh: Beras merah, jus buah, dan sayuran.
Di hari terakhir diet mulai kembali ke pola makan yang biasa dengan menu beras merah, jus buah serta sayuran.
Catatan tambahan:
Resipi ini hanya dilakukan sebulan sekali. Perhatikan bagaimana anda tidak perlu menghabiskan banyak wang dan menjalani diet keras untuk mengekalkan berat badan yang sihat.
Diet GM boleh menjadi satu penyelesaian bagi mereka yang memerlukan diet dengan penurunan berat badan yang cepat tanpa perlu risau tentang kelaparan atau kebosanan kerana diet yang membosankan.
Diet GM ternyata berjaya mengurangkan tahap gula dalam darah pada orang yang menghidap diabetes mellitus. Ibu menyusu yang beratnya melebihi berat badan ideal boleh mengikuti diet ini.
Anda boleh kongsikan info diet ni pada kenalan, teman-teman, saudara-mara untuk membantu mereka mendapatkan berat badan ideal dan tahap kesihatan yang lebih baik.