[GAMBAR] Terpegun Gila Dengan Wajah Baru KL Sports City. Sangat Canggih Dan ‘World Class’!
Ternganga tengok.
Cover image via skyscrapercityKompleks Sukan Negara kini telah bertukar wajah baru yang lebih moden dan segar, dan turut diberi nama baru; KL Sports City
**[KL Sports CIty (KLSC)](http://www.klsportscity.my/)** bakal menjadi salah sebuah bandaraya sukan dan pusat hiburan antarabangsa yang paling ikonik dan tersendiri di rantau Asia.
Image via skyscrapercity
Sebagai hab sukan yang dibangunkan semula dan bersepadu sepenuhnya, KLSC mematuhi piawaian tempatan dan antarabangsa yang terdiri daripada infrastruktur bertaraf dunia yang setaraf dengan pusat sukan dan hiburan bertaraf dunia yang lain.
Image via skyscrapercity
Projek pemulihan dan pembangunan semula ini termasuk menyediakan kemudahan latihan sukan berprestasi tinggi, pusat sains pemulihan sukan, taman belia, kemudahan sukan awam, muzium sukan, asrama belia, pusat konvensyen, dan pusat beli-belah yang berfokus pada sukan.
Terdapat lima stadium utama di KLSC iaitu Stadium Nasional, Axiata Arena, Pusat Akuatik Negara, Pusat Skuasy Kebangsaan, dan Stadium Hoki Kebangsaan
Image via KL Sports City
Stadium Nasional kelihatan sangat sofistikated!
**Stadium Nasional** merupakan arena sukan paling penting dan berprestij di negara ini. Ia adalah satu-satunya stadium di Malaysia dengan kapasiti 85,000 tempat duduk, menjadikannya yang **terbesar di Malaysia, ke-2 terbesar di ASEAN**, dan **ke-11 terbesar di dunia**.
Bangunan yang megah ini baru dinaik taraf. Fasad ditambah di keliling bangunan dan reka bentuk dalaman dibina mengikut piawaian bertaraf dunia yang terdiri daripada kemudahan teknologi tinggi dan terkini.
Image via skyscrapercity
Juga dilengkapi dengan *Royal Lounge* dan *Corporate Suites* yang mewah untuk tetamu VIP, Stadium Nasional bersedia untuk menjadi arena sukan gilang-gemilang yang mampu memenuhi keperluan semua orang.
Axiata Arena tidak kurang hebatnya!
Image via KL Sports City
**Axiata Arena** (dahulunya dikenali sebagai Stadium Putra) yang terletak di belakang Stadium Nasional adalah projek perkongsian stadium pertama yang menggabungkan penjenamaan korporat di Malaysia.
Setelah selesai dinaik taraf, Axiata Arena akan setaraf seperti Staples Center di Los Angeles, O2 Arena di London, dan Mercedes-Benz Arena di Shanghai sebagai arena sukan dan hiburan bertaraf dunia.
Ia mempunyai kapasiti 13,000 tempat duduk dan akan menjadi arena inspirasi dan ikonik untuk rakyat Malaysia. Axiata Arena akan menjadi mahkota untuk KL Sports City, dilengkapi dengan teknologi terkini dan kemudahan kelas dunia untuk menganjurkan acara *indoor*.
Image via skyscrapercity
Lihat lagi koleksi gambar KL Sports City di bawah:
1. Bahagian luar
Image via KL Sports City
Image via skyscrapercity
Image via skyscrapercity
Kawasan sekitar KLSC akan dijadikan sebagai kawasan bebas bersukan atau bebas berekreasi selaras dengan tema menjadikan Bukit Jalil sebagai bandar sukan. Lantai jubin yang digunakan lebih mesra alam dan tidak licin sekiranya hujan, serta sebahagian trek untuk kemudahan jogging turut diletakkan.
2. Bahagian dalam Stadium Nasional
Image via skyscrapercity
3. Stesen LRT Bukit Jalil pun nampak bergaya!
Image via skyscrapercity
Image via Instagram @kosherkitkit
Tak sangka dah jadi cantik macam ni. Cayalah!


