Wanita Beli 196 Petak Parking & Buat Untung Besar Jual Pada Jiran-Jiran

Wanita itu turut menang kes saman yang difailkan jiran-jiran terhadapnya.

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Satu pertikaian antara jiran melibatkan monopoli ruang letak kenderaan telah menjadi tular di China

Menerusi laporan South China Morning Post, kontroversi ini melibatkan seorang wanita bernama Wu, yang memenangi kes mahkamah pada Februari 2024 menentang penduduk Changsha yang berang akan tindakannya.

Penduduk setempat telah cuba membatalkan kontrak yang memberikan wanita itu hak milik ke atas 40 peratus ruang parkir di kawasan perumahan tersebut.

Kemelut ini bermula pada tahun 2018 apabila projek hartanah itu siap dibina namun menghadapi kesukaran untuk menarik minat pembeli.

Disebabkan ketiadaan kemudahan pengangkutan awam dan kedai yang asas, kebanyakan penduduk tidak berminat untuk membeli ruang parkir tersebut.

SAYS.com
Image via New Straits Times

Walau bagaimanapun, Wu menjangkakan pertumbuhan masa depan dan membeli 196 ruang letak kereta daripada pemaju yang menghadapi masalah kewangan dengan harga 14 juta yuan (RM8.53 juta)

Tindakannya itu membuahkan hasil apabila kawasan tersebut pesat membangun, sekali gus menyebabkan lonjakan permintaan terhadap ruang letak kereta.

Bagi memanfaatkan pelaburannya, Wu memasang kunci pada ruang-ruang letak kenderaan tersebut dan menaikkan kadar sewa.

Dia menyewakan ruang-ruang tersebut pada harga 500 yuan (RM305) sebulan dan menolak permintaan untuk menurunkan kadar sewa kepada 300 yuan (RM185).

Dia juga menjual ruang-ruang tersebut pada harga 100,000 yuan (RM61,000) setiap satu, iaitu peningkatan harga sebanyak 80%.

SAYS.com
Image via Harian Metro

Penduduk yang berang telah bersatu dan membawa kes itu ke mahkamah selepas usaha perbincangan gagal

Walaupun terdapat dakwaan bahawa tempat letak kereta merupakan infrastruktur komuniti yang penting, mahkamah di Changsha memutuskan kes itu sepenuhnya memihak kepada Wu.

Mahkamah menyatakan bahawa penduduk pada asalnya mempunyai peluang untuk membeli petak-petak parkir tersebut tetapi memilih untuk tidak mengambil risiko itu.

Pandangan orang ramai di internet berbelah bahagi, ada yang memuji kebijaksanaan wanita itu dalam perniagaan, manakala yang lain memberi kecaman akan sikapnya yang mementingkan diri sendiri.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: