Wanita Dakwa 'Travel Group' Tempatan Ini Kutip Hampir RM95,000 Hasil Scam 91 Mangsa
Ramai betul kena tipu.
[TERKINI] Duit RM18K sudah dipulangkan, kes wanita ini dengan 'Jom Travel' selesai
Kecoh minggu lalu di Facebook apabila seorang wanita bernama Eina Zarina berkongsi tentang pengalamannya ditipu oleh sebuah travel agent tempatan 'Jom Travel'.
Eina mendakwa Jom Travel telah 'menelan' duit beliau bersama 8 rakan lain yang berjumlah sebanyak hampir RM19 ribu.
Namun, setelah viral selama beberapa hari, Jom Travel mengambil keputusan untuk memulangkan semula wang tersebut.
Eina berterima kasih kepada Jom Travel kerana telah bertindak pantas dalam menyelesaikan masalah
Menerusi FB, Eina memuat naik satu status yang berbunyi:
"Assalamualaikum kepada semua rakan-rakan dan followers yang mengikuti kes saya dengan Jom Travel. Saya sudah dapat kembali wang kami.
"Terima kasih kepada Abuzhar (Mat Rock) selaku kawan baik kepada pemilik Jom Travel kerana telah membantu untuk pulangkan wang group saya seramai 9 orang. Mungkin itu inisiatif dia untuk tolong Jom Travel.
"Tujuan saya bukan nak menjatuhkan mana-mana pihak, saya cuma mahukan hak saya kembali. Begitu juga bagi group lain yang masih menunggu wang mereka dikembalikan. Minta maaf atas segala kesulitan yang terjadi sebelum atau selepas ini."
SAYS sempat menghubungi pemilik Jom Travel untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut tentang kes ini. Ternyata, kemelut yang timbul ini sebenarnya hanyalah salah faham.
Menurut pemilik Jom Travel yang enggan mendedahkan namanya, syarikat Jom Travel bukanlah scammer seperti yang didakwa sebelum ini. Jom Travel Malaysia Sdn bhd merupakan syarikat yang berdaftar dibawah Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan dan telah mula beroperasi sejak 2015.
Setakat ini, perkhidmatan mereka telah diguna oleh ribuan rakyat Malaysia yang ingin ke luar negara, terutamanya ke Korea Selatan.
"Sebenarnya, ini semua hanya salah faham. Kami sejak dari awal lagi mencuba sedaya upaya untuk memulangkan semula wang Eina Zarina dan juga peserta-peserta lain yang telah dibatalkan tempahan mereka akibat sebab-sebab tertentu.".
"Kami mengakui, syarikat kami sedang mengalami masalah kewangan yang agak kritikal pada ketika ini di mana kami terpaksa menanggung kos peserta yang agak tinggi. Dengan kejatuhan Ringgit dan tiket kapal terbang yang sering turun naik, agak sukar untuk kami mengekalkan keuntungan syarikat," katanya.
Menurutnya lagi, pihak mereka terkejut apabila berita ini tersebar secara meluas sedangkan mereka tidak pernah berniat untuk menipu sesiapa
"Bila berita ini tersebar, kami rasa amat terkilan. Kami sedar kesilapan kami. Mungkin kami tidak begitu cekap dalam menguruskan situasi ini dan agak lambat dalam menyelesaikan masalah dengan para pelanggan kami.
"Tetapi, dakwaan scammer yang ditujukan itu sememangnya jauh terpesong. Selama dua tahun beroperasi, ramai orang telah pun mengambil pakej kami dan melancong bersama kami ke pelbagai lokasi.
"Dakwaan tersebut agak berat untuk kami terima, namun ia telah pun tersebar. Jadi, kami harus akur dan perlu lebih peka terhadap segala situasi yang menimpa kami selepas ini. Kami harap, orang ramai akan tetap percaya dengan Jom Travel dan terus memberi sokongan kepada kami di masa hadapan. Kami mohon maaf atas segala kesulitan," katanya lagi.
7 April, 5PM: Nak travel tapi kena scam pula dengan travel agent. Kau rasa?
Zaman sekarang ni, ramai orang sanggup menipu semata-mata untuk mengaut keuntungan dan meraih pendapatan. Tak kiralah dalam apa jua bentuk sekalipun, scam memang ada di mana-mana.
Lebih merisaukan, scammers yang melakukan aktiviti tidak bermoral ini semakin membiak dan semakin aktif mencari mangsa. Siapa yang terjatuh ke dalam jerat mereka, pastinya susah untuk menyelamatkan diri.
Salah satu yang popular tentunya travel scam oleh ejen yang menawarkan harga pakej yang tak masuk akal. Tetapi realitinya, habuk pun tak ada.
Semalam, seorang wanita bernama Eina Zarina melalui Facebook telah berkongsi pengalaman di mana beliau telah ditipu oleh sebuah travel group Jom Travel yang menawarkan pakej ke Korea Selatan.
Menurut Eina, dia dan rakan-rakannya terpaksa menanggung rugi sebanyak hampir RM19,000 yang telah dibayarnya kepada travel group terbabit.
Lebih buruk lagi, Jom Travel langsung tidak menjawab sebarang call, WhatsApp dan juga SMS yang dihantar, malah turut block Eina dan rakan-rakannya daripada FB page mereka.
Baca post Eina di bawah:
Post ini ditujukan buat semua yang berminat untuk travel ke Korea. Sila berhati-hati jika anda mendapat promosi harga yang tak masuk akal dari Jom Travel.
Company ini bukan saja menipu malah tidak bertanggungjawab untuk kami para mangsa yang telah menanggung begitu banyak kerugian.
Call/whatsapp/sms dan segala cara juga tidak dijawab dan lebih keji lagi, company ini blocked kami daripada komen dalam page diorang.
(Patutlah semua komen suci dan positive je. Rupanya dah habis filter dah)
Menurut Eina, bukan dia seorang sahaja yang menjadi mangsa. Rupa-rupanya, ramai lagi orang yang telah terjerat dalam scam Jom Travel sebelum ini.
Eina memberitahu bahawa selepas dia memuat naik status berkenaan, ramai orang telah menghantar inbox bagi menceritakan pengalaman mereka ditipu oleh travel group yang sama.
Lebih mengejutkan, bukan seorang, bukan dua orang, bukan tiga orang, tetapi 91 orang telah menjadi mangsa scam ini.
Korang nak tahu berapa orang yang kena tipu????
Setakat harini, lepas aku post pasal Jom Travel nim ramai mangsa pm aku. Berapa????
91 orang dah beb!!!! Aku tak cakap kosong ya, aku ada compile data.
So, jangan harap korang boleh lari ya JOM TRAVEL!!!!!
We will fight!
Kalau benarlah korang ni tak tipu, kenapa perlu lari? Kenapa perlu blocked kami?
Sini aku sertakan bukti yang aku dah compile:
1) Seoul 7-11 April 2017
Eina Zarina (9 pax)
Total: RM18,760
2) Jeju 27-30 April 2018
Suraida Saleh (6 pax)
Total 3,000
3) Jeju 20-23 April 2018
Siti Maunah Bt Abdullah (2 pax)
Total: RM1,000 (deposit)
4) Seoul 8-12 Disember 2017
Siti Maunah Bt Abdullah (4 pax)
Total: RM2,000 (deposit)
5) Jeju 9-12 April 2017
Nadhirah Ismail (6 pax)
Total: RM6,544
6) Jeju 13-16 April 2018
Nabilah Fatin Binti Roslan (11 pax)
Total: RM5,500 (deposit)
7) Jeju 22-25 September 2017
Noor Adila Binti Md. Said (3 pax 1 baby)
Total: RM1,500 (deposit) + RM397 (2nd payment) = RM1,897
8) Jeju 2-5 Februari 2018
Suria Binti Abd Rahman (4 pax)
Total: RM2,000 (deposit)
9) Seoul 7-11 April 2017
Fauzana Binti Ismail (7 pax)
RM14,443.00 + 2 pax deposit RM1,000)
Total: RM15,443
10) Jeju 15-18 April 2017
Ruwaida Md Yusof (8 pax )
Total: RM7,992
11) Jeju 23-26 April 2017
Abby (5 pax)
Total: RM2,500 (deposit)
12) Jeju 1-4 April 2017
Mohd Raznan Rusli & Hasnita Abdul Rahim
Total: RM3,032
13) Jeju 15-18 April 2017
Muhammad Hafiz Bin Suhaimi (3 pax)
Total: RM1,500
14) Seoul 27-31 Oktober 2017
Muhammad Hafiz Bin Suhaimi (6 pax)
Total: RM3,000
15) Jeju 8-11 September 2017
Nurulain Ariffin (3 pax)
Total: RM1,500 (deposit)
16) Seoul 13-18 Oktober 2017
Nurul Hajar Bt Fadzil (1 pax)
Total: RM300 (deposit)
17) Seoul 6-10 Mei 2017
Siti Khatijah Razali (7 pax)
Total: RM13,293
18) Seoul 27-31 Oktober 2017
Faridah bt Ab Aziz (2 pax)
Total: RM1,998
19) Seoul 7-11 Januari 2018
Faridah Ab Aziz (5 pax)
Total: RM3,500
Total mangsa: 91 orang!!!
Setelah membuat kira-kira, jumlah duit yang terkumpul dari senarai di atas adalah sebanyak RM94,759!
Buat masa ini, Eina telah membuat laporan polis dan meminta ihsan orang ramai agar dapat membantu beliau menyelesaikan kemelut ini.
Sumber: Eina Zarina