seismik

"Semua Free Sepanjang 9 Bulan" - Wanita Dedah Best-nya Klinik Kesihatan Buat Ibu Hamil!

Jururawat dari Klinik Kesihatan Kerajaan siap datang ke rumah lagi untuk buat check-up pada ibu dan bayi!

Cover image via Blog Yanmie

Alangkah gembiranya hati setiap pasangan suami isteri apabila disahkan bakal bergelar ibu dan bapa tidak lama lagi

Terutamanya si bakal ibu yang akan merasai satu pengalaman baru, perbezaan terhadap bentuk badannya, merasai denyut nadi si anak dan melihat sendiri gerakan-gerakan kecil si comel di dalam perut.

Image via Hello Doktor

Bila sudah mengandung ini, pasti kita mahukan yang terbaik untuk bayi kita. Bagi memastikan kesihatan bayi terjamin, penjagaan dan pemakanan yang sempurna perlu dimulakan sejak dari dalam kandungan lagi.

Ramai yang sanggup berhabis duit di hospital serta klinik swasta demi memastikan mereka mendapat rawatan serta penjagaan yang terbaik demi bayi dalam kandungan.

Tapi tahu tak ibu mengandung boleh mendapatkan rawatan sepanjang proses kehamilan ini secara percuma?

Semuanya boleh didapati di Klinik Kesihatan Kerajaan!

Baru-baru ini, seorang wanita yang merupakan blogger bernama Iman Abdul Rahim telah berkongsikan pemakluman ini melalui laman Twitter miliknya.

Iman yang baru melahirkan anak kedua telah berkongsikan satu screenshot dari instastory-nya memaparkan jururawat daripada sebuah Klinik Kesihatan Kerajaan telah datang singgah ke rumahnya bagi melawat dia serta bayi barunya itu.

Apabila ditanya oleh seorang kenalan, Iman memaklumkan memang jururawat dari Klinik Kesihatan akan membuat lawatan kepada ibu-ibu mengandung dan yang sudah bersalin dari masa ke semasa.

Bukan itu sahaja, dia turut berkata, semua rawatan sepanjang proses kehamilan adalah percuma. Bermula dari proses pemeriksaan, scan bayi dalam kandungan, ubat-ubatan, vaksin bayi, malah kaedah perancangan keluarga juga akan diberi secara percuma!

Menariknya, ibu-ibu mengandung boleh memilih samada ingin bersalin di hospital kerajaan mahupun swasta, namun sekiranya berdaftar dengan Klinik Kerajaan Kesihatan, mereka tetap akan mendapat treatment yang sama daripada staf klinik.

Menurut Iman lagi, dia hanya tahu tentang perkara ini selepas mengandungkan anak keduanya.

Buat yang tidak tahu tetapi mahukan rawatan percuma ini, hanya perlu memaklumkan kepada klinik kesihatan yang terdekat.

Susulan daripada tularnya tweet berkenaan, ramai lagi para ibu mula berkongsikan pengalaman mereka dengan Klinik Kesihatan Kerajaan

Masing-masing memuji perkhidmatan dan pemantauan yang ditawarkan Klinik Kesihatan ini, baik daripada segi rawatan sehinggalah ke jururawat yang bertugas.

Tahu tak rawatan gigi ibu mengandung pun adalah secara percuma?!

Antara komen menarik daripada warganet:

Wah, best-nya perkhidmatan yang ditawarkan Klinik Kesihatan Kerajaan kita. Paling best sebab semuanya adalah percuma!

Image via Tenor

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

You may be interested in: