Wanita Didakwa Tendang Anak Kucing Lepas Marah Remaja Bagi Makan Anak Kucing Di R&R
Kenapa sampai nak sepak?
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Seorang wanita didakwa menendang anak kucing di sebuah R&R di Pahang selepas bersemuka dengan sekumpulan belia yang memberi makan kucing terbiar
Kejadian itu dikongsi di Threads oleh dua pengguna, yang mendakwa wanita terbabit mempersoalkan mengapa mereka membelanjakan wang untuk memberi makan kucing terbiar sebelum didakwa menghampiri anak kucing tersebut dan menendang mereka.
Menurut pengguna Threads @mdaudyusof, dia sedang dalam perjalanan dari Tangkak ke Rompin bersama keluarganya apabila mereka berhenti di R&R RISDA di Keratong, Pahang supaya anaknya boleh menggunakan tandas.
Semasa menunggu, dia ternampak wanita itu menghampiri sekumpulan belia yang sedang memberi makan seekor ibu kucing bersama anak kucing.
Dia mendakwa wanita itu bertanya, "Kenapa bagi makan kucing?", sebelum membalas dengan jawapan kucing-kucing itu sedang kelaparan.

Walau bagaimanapun, dia mendakwa wanita itu kemudian berjalan ke arah anak-anak kucing itu dan menendangnya, menyebabkan salah seekor daripadanya terbang beberapa meter jauh
"Apa faedah bagi makan kucing? Kenapa membazir duit gaji beli makanan kucing?" didakwa apa yang diperkatakan wanita berkenaan.
Seorang lagi pengguna Threads @syhirahmn, yang merupakan antara belia yang memberi makan kepada kucing terbiar itu, berkata dia terkejut dengan apa yang telah berlaku.
"Sumpah speechless gila. Salah ke kasi kucing makan?" tulisnya.
Dia berkata pada mulanya dia menyangka wanita itu kecewa kerana kucing-kucing itu telah mengacau kawasan berkenaan. Walau bagaimanapun, keadaan didakwa menjadi semakin buruk selepas wanita itu berulang kali mempersoalkan mengapa mereka memberi makan haiwan tersebut dan menjadi semakin marah.

Wanita itu akhirnya meninggalkan kawasan itu selepas ditegur
Syahirah berkata anak kucing itu kelihatan tidak cedera dan terus makan dan bermain selepas kejadian itu.
Dia juga menggesa orang ramai untuk menunjukkan lebih banyak belas kasihan terhadap haiwan liar.
"Tak nak bagi makan takpe jangan aniaya," katanya.
Dia turut menggalakkan sesiapa yang berminat untuk mengambil anak kucing tersebut untuk melawat R&R RISDA di Keratong.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via