seismik

Wanita Ini Kongsi Itinerari Dan Pengalaman Terokai Destinasi Klip Video ‘Gerua' Di Iceland

Seronoknya memang tak terkata!

Cover image via Azlin Farida/Facebook

Kami yakin sekali, mengelilingi dunia adalah impian setiap insan di muka bumi ini. Sesekali kita pasti teringin untuk keluar meneroka alam ciptaan tuhan yang indah dan penuh dengan warna-warni budaya yang unik dan berbeza.

Kalau nak diikutkan, terlalu banyak destinasi yang boleh dikunjungi di seluruh dunia. Namun, kini Iceland mula menjadi destinasi pilihan pelancong Malaysia selepas filem Dilwale ditayangkan yang mana menyiarkan wajah Seljalandsfoss dan beberapa destinasi lain yang digunakan untuk klip video Gerua di dalam filem tersebut. Memang cantik!

Disebabkan itu, hari ini kami ingin kongsikan kepada anda pengalaman dan itinerary 12 hari wanita ini bersama suaminya ke London, Iceland dan Amsterdam. Bagaimanapun, untuk trip kali ini beliau ingin highlight lebih mengenai Iceland. Jom baca!

Hari pertama: London

Sunrise menyambut kami di Doha

Image via Travelholic Buddies/Facebook

Bertolak dari KL ke London, transit di Doha selama satu jam setengah je. Beli tiket multicity dengan Qatar Airways, Kl-London, Amsterdam-Kl rm1930/seorang.
Tiba di London jam 1ptg dan jumpa Mel (rakan) di airport.

Topup Oyster Card 10 pound/seorang (kad bawa dari Malaysia, pinjam Nurul). Naik Underground dari Airport ke Aston Town. Naik bus ke homestay Azie dari Aston town yang terletak di Ducane road, Hammersmith, zone 2 London.

facebook.com

Camden Town, antara pilhan souvenir.

Image via Travelholic Buddies/Facebook

Tahun 2014 pun saya stay di sini, murah dan strategik lokasinya. Check in, bersihkan diri, dan makan tengah hari bersama Azie di rumah, azie yang masak. Destinasi yang dituju ialah Camden Market dan Oxford Street. Jangan lupa makan Ben's Cookies di Oxford Street, Dark Choc is favorite! 1.5pound/pc saiz besar tu.

facebook.com

Ben's cookies di Oxford Street. pilihan saya Dark Chocolate.

Image via Travelholic Buddies/Facebook

Hari kedua: London

Hyde Park, London.

Image via Travelholic Buddies/Facebook

Kami naik bas di depan rumah azie, bas terus berhenti di Marble Arch.
Picnic kat Hyde Park kemudian ke HRC London, Parliament Square, Big Ben, Trafalgar Square, National Gallery.

facebook.com

Burger and Lobster.

Image via Travelholic Buddies/Facebook

Makan tengahari di Burger and Lobster 20 pound/set, recommended! Sambung shopping di Harrods dan Knightsbridge. Minum dan lepak di Starbucks dengan Malaysian yang kini bekerja di UK. Mel, Tiya dan Zai. Berkongsi cerita menarik mereka bekerja di sini.

facebook.com

Kongsi pengalaman bersama 3 Malaysian yang kini bekerja dan menetap di sekitar UK. Maybe next turn kita pula huhu. Thank you ladies!

Image via Travelholic Buddies/Facebook

Hari ketiga: London - Keflavik, Iceland

Jakun kejap, ada self bag drop kat sini.

Image via Travelholic Buddies/Facebook

Check out dari rumah Azie awal pagi. Naik bas ke Earls Court Station sebab akan naik Easybus untuk ke Gatwick Airport dari sini. Lepak Nero Cafe je sementara tunggu Mel sampai jam 12pm. Croissant dia the best lah, lembut je. 3 pcs pun tak cukup. Kami ke Iceland seramai 3 org.

Tiket bas Easyjet beli online 4 pound/seorang sehala lebih kurang 1 jam perjalanan. Flight tiket Easyjet beli online route London Gatwick-Keflavik-London Luton-Amsterdam, 3 flights ni untuk rm550/pax exclude check in luggage. Flight dari London ke Keflavik mengambil masa selama 3 jam.

facebook.com

Inilah kereta sewa comel kami selama 6 hari 5 malam!

Image via Travelholic Buddies/Facebook

Bagi yang suka kumpul cop kat passport, kalau anda masuk dari London, anda akan dapat cop Iceland. Tapi kalau masuk dari negara eropah lain seperti Amsterdam ke Belgium ke anda tak dpt cop di Iceland. Ni berdasarkan pengalaman kawan-kawan sendiri. Tiba je kat airport, wakil FairCar.is dah tunggu untuk bawa kami ke car rental office yang terletak berhampiran je.

Sewa kereta di Iceland ni tak perlu international license, cukup je dengan lesen malaysia yang baru kerana ada dwi bahasa. Kadar sewa kereta untuk 2wd Suzuki Alto selama 6 hari ialah RM600. Kami add on insuran full coverage sebanyak 35 euro untuk 6 hari. Dapat free GPS untuk memudahkan perjalanan kami. kereta siap dipasang dengan winter tyre walaupun 23 April ni dah penghujung winter.

facebook.com

Bilik ni rm180 sahaja semalam.katil dan tilam empuk bak hang....booked di airbnb.

Image via Travelholic Buddies/Facebook

Destinasi pertama kami ialah Harbourfront Guesthouse, booked via Airbnb dengan rate rm180/semalam untuk bilik 2 org. Bilik yang besar dan katil yang sangat selesa bak hang. Malam tu kami makan brahim yang di bawa dari Malaysia.

facebook.com

Hari keempat: Iceland

Thingvellir National Park.

Image via Travelholic Buddies/Facebook

Kami mulakan perjalanan selepas sarapan pagi. Hari ni ada 3 main attraction yang kami nak pergi di panggil Golden Circle Tour. Hentian pertama ialah Thingvellir National Park, lebih kurang 1 jam dari guesthouse kami. Sepanjang perjalanan kami disajikan dengan pemandangan yang subhanallah cantik, unik, tak terjangkau dek akal.

Nak sampai destinasi yang pertama tu adalah beberapa kali kami berhenti sebab nak ambil gambar. Terdapat beberapa spot di Thingvellir National Park ni yang kita boleh kunjungi. Kami mulakan dengan mengunjungi Öxarárfoss. Orang cakap di Iceland ni wajib minum dan rasa air-air waterfall dia sebab sangat segar dan sedap. So yes, we did drink it straight from the waterfall. Sejuk dan nyaman!

facebook.com

Thingvellir National Park, boleh snorkeling/diving di sini.

Image via Travelholic Buddies/Facebook

Seterusnya kami ke kawasan di mana benua amerika dan benua eropah terpisah, plat ni katakan bergerak sebanyak 2.5cm setahun. Anda boleh lakukan aktiviti diving/snorkeling di antara dua benua ni di Silfra. Harga untuk aktiviti ini ialah rm600-1600/seorang. Terdapat beberapa tasik juga di sini. Seterusnya kami meneruskan perjalan ke Geysir.

Di sini terdapat beberapa geysir, tapi yang paling aktif dan meletus ialah Strokttur. seronok dapat menyaksikan beberapa kali geysir meletus setinggi lebih 5 meter. Sebelum teruskan perjalan ke Gulfoss, kami ke Geysir restoran makan bekal yang disiapkan dari guesthouse sambil layan minuman panas. Terdapat kedai souvenir kat sini.

facebook.com

Gulfoss.

Image via Travelholic Buddies/Facebook

Seterusnya kami tiba di Gulfoss salah satu waterfall terbesar di Iceland ni. ketibaan kami disambut dengan pelangi yang wujud di waterfall tu. Wohoaaaa. Cantiknya lahai. sejuk tak terkata walaupun matahari tinggi atas kepala. So KPI nak cover 3 main attraction yang di panggil Golden Circle tour dah tercapai untuk hari ini. Seterusnya kami nak ke Secret Lagoon pulak. Memandangkan kami pakai kereta 2wd je, jalan yang gps bawa menuju ke Secret Lagoon memang off the road. Tak selesa and risau tayar pancit je. Kami ambil keputusan untuk lupakan hasrat ke Secret Lagoon dan teruskan perjalanan ke Selfoss Hostel, penginapan kami untuk malam kedua.

Dalam perjalanan tu kami berhenti di sebuah ladang kuda, icelandic horses ni lain sikit dari spesis kuda kt Malaysia. cantik dengan bulu yang lebat. Selfoss Hostel kami booked via Booking.com, bayar sewaktu daftar masuk. hostel ni ada hot tub kat di kawasan belakang hostel khas untuk penginap. Lepas berehat kami keluar semula ke supermarket Netto berhampiran hostel untuk beli sedikit barang dapur. Macam biasa kami masak sendiri untuk dinner.

facebook.com

Hari kelima: Iceland

Seljalandsfoss

Image via Travelholic Buddies/Facebook

Seawal 8am kami dah check out, isi minyak dan teruskan perjalanan. Harini kami nak kunjungi tempat menarik yang ada dalam video klip Gerua. Salah satu punca kenapa Iceland menjadi destinasi yang kami pilih kali ini. Mula jatuh cinta dengan Iceland selepas menonton filem Secret Life of Walter mitty, tapi video clip (vc) Gerua tu menjadi kemuncak dan sebab utama kenapa Iceland ni menjadi negara wajib untuk dikunjungi.

Destinasi pertama ialah Seljalandsfoss. Dari tepi lebuhraya ring road 1 dah boleh nampak air terjun yang cantik ni. Seljalandsfoss adalah air terjun dimana SRK and Kajol menari di belakangnya. Sampai awal pagi jadi tak ramai orang lagi masa. Trek nak jalan belakang waterfall tu memang basah, agak licin, jadi pastikan anda memakai kasut yang sesuai. Tak silap SRK pun hampir jatuh. Dan kalau dah lalu belakang waterfall tu memang confirm basah kena tempias air terjun tu. Cantik ke tak? Mana ada yang tak cantik kt Iceland ni, tanah gersang dia pun cantik awak.

facebook.com

Skogarfoss

Image via Travelholic Buddies/Facebook

Seterusnya ialah Skogarfoss, air terjun ni pun ada dalam vc Gerua tu yang Kajol pakai sari warna merah. Kat sini kena mendaki sikit untuk sampai tempat tinggi yang SRK and Kajol menari tu. jalan licin tambah pulak gayat duduk tepi tebing air terjun tu. Cantik sangat pemandangan dari tebing ni. burung-burung putih banyak sangat bersarang di atas ni. Tergamam bila tengok depan mata...hmmmm... korg kena datang dan lihat sendiri okay? Lepas dah puas acah-acah diwale, kami teruskan perjalanan ke bangkai kapal terbang yang juga ada dlm vc gerua dan juga justin bieber.

Tiada signboard khas untuk ke sini, kalau dari Skogarfoss, tempat parking kereta tu akan duduk sebelah kanan anda. Sejak tuan tanah dah tutup laluan kereta ke tempat ni bulan Mac yang lalu, kita kena berjalan kaki sejauh 4km pergi dan 4km balik. Jalan dia pulak bukan tar cantik tu tapi berbatu, antara yang paling mencabar. Nak pergi tu kami berjalan melawan arah angin, dengan cuaca sejuk dan matahari terik atas kepala. 45 minit ke 1jam nak sampai ke destinasi. Tapi berbaloi sangat bila tak ramai sangat orang, cuma perlu tunggu kejap je then the whole place is yours! Siap ambil kesempatan bergambar ala Gerua kat sini.

facebook.com

Wreck plane

Image via Travelholic Buddies/Facebook

Destinasi seterusnya ialah Dyrholaey, di sini ada lighthouse dan batuan yang dipanggil column basalt. Terdapat beberapa buah gua kecil di sini, salah satunya berbentuk hati. Seterusnya kami berhenti di Pekan Vik untuk makan tengahari di restoran di dalam stesen minyak N1. Kami makan burger ikan bersama kentang.

Kami tidak bermalam di Vik kerana kos yang mahal, sebaliknya meneruskan perjalanan lebih kurang 50 mins ke Kirkjubæjarklaustur. Berbelit jugak lah lidah nak menyebutnya. Kami menginap selama 2 malam di Klausturhof Guesthouse. Sepanjang perjalanan kami disajikan dengan pemandangan unik dan memukau, memamg tak tidur walaupun penat. Guesthouse kami terletak betul-betul di depan waterfall, depan guesthouse pulak ada tasik dan ladang kuda. Feeling countryside sangat. kami bayar penginapan ini dengan harga rm580 untuk 2 malam. Macam biasa kami masak sendiri makan malam.

facebook.com

Hari keenam: Iceland

Jokulsarlon.

Image via Travelholic Buddies/Facebook

Hari ni perjalanan diteruskan lagi. tempat pertama yang dituju ialah Foss a Sidu, satu lagi air terjun yang terdapat di South Iceland ni. Seterusnya kami teruskan perjalanan dan berhenti di Skeiðarársandur, terdapat sebuah jambatan yang dimusnahkan oleh jökulhlaup pada November 1996. Bukan wreck plane je ada kt sini, wreck bridge pun ada. Tak jauh dari situ adalah Svínafellsjökull glacier.

Setelah lebih sejam perjalanan, akhirnya kami tiba di Jokulsarlon. glacier dan ice berg terbentang luas di depan mata. Subhanallah cantik sangat. Sayang sekali boat tour belum dibuka sehingga 1 may. tapi tak mengapa, kami masih berpeluang mendekati iceberg ni. Antara perkara rare yang anda kena buat bila sampai sini, makan iceberg! yes we did, rasa masin sikit sebab dah bercampur dengan air laut. Huhu. di sini kami nampak anjing laut, tapi tak banyak, dua ekor je.

facebook.com

Diamond Rock Beach.

Image via Travelholic Buddies/Facebook

Tak jauh dari situ kita boleh berjalan kaki untuk ke Diamond Rock Beach. ada ribuan iceberg pecah yg terdampar di pantai seperti batu-batu berlian. Cantik sangat! Lama jugak kami di sini, tak puas tengok sesuatu yg bukan selalu kita boleh lihat lebih-lebih lagi kalau dah balik Malaysia nanti.

Kami teruskan perjalanan ke sebuah bandar di timur Iceland iaitu Hofn. Orang cakap kt sini lah kita dapat makan best lobster sup. Kat london makan lobster rebus, kat sini kita makan versi sup pulak. Perjalanan dalam sejam dari Jokulsarlon. Tiba di bandar Hofn kami terus ke Kaffi Hornid. Kami memesan Lobster soup, mushroom soup, dan garlic bread. Dapat meja menghadap gunung ganang yang memutih, terus teringatkan kat Swiss percutian tahun lepas. review lobster soup ni, masin kalau makan sup je,jadi kena makan cicah dengan roti ye.

facebook.com

Hiking ke Svartifoss.

Image via Travelholic Buddies/Facebook

Dalam perjalanan pulang ke Guesthouse, kami singgah ke Vatnajökull National Park untuk ke Svartifoss, air terjun no 1 dalam list saya. Air terjun ni tiada dalam video clip Gerua tu. untuk sampai ke air terjun ni pula kita kena mendaki sikit. Terdapat banyak trail hiking kat national park ni, tapi sebab masa dah suntuk kami guna trail yang pendek je. Lebih kurang 45 minit ke 1 jam untuk tiba di Svartifoss. Cantik dan unik sangat air terjun ni berbanding yang lain. bergenang jugak lah air mata bila sampai depan air terjun ni, macam tak percaya.

Memuji kebesaran yang maha esa dan bersyukur dengan kesempatan dan rezeki untuk lihat semua ni depan mata. Emosi sangat sebab sebulan sebelum tripni, kami suami isteri terlibat dengan kemalangan motorsikal, kemudian masuk hospital sebab denggi berselang seli. tapi siapa yang boleh menidakkan kuasa Tuhan kan? Tepuk bahu sendiri emo. Dalam perjalanan ke Svartifoss ni kami juga melalui satu lagi air terjun iaitu Hundafoss yang yang tak kurang cantiknya.

facebook.com

Hari ketujuh - Iceland

Fjaorargljufur Canyon.

Image via Travelholic Buddies/Facebook

Hari ni merupakan hari terakhir kami nak menikmati indahnya Iceland sebab esok flight ke London Luton jam 10am. Kami pun memang plan untuk tidur di airport/kereta je malam ni. Seawal pagi kami bertolak sebab perjalanan hari ni sangat jauh dan ada beberapa tempat lagi yang kami nak kunjungi. Yang pertama ialah Fjaðrárgljúfur Canyon, siapa tengok Games of thrones mesti tau tempat ni. Ya Allah angin kuat sangat pagi tu, dah la hiking melawan arah angin memang mencabar dengan sejuknya mengigil-gigil. Tapi cantiknya canyon tu dari atas Subhanallah. Berbaloi bila dah sampai.

facebook.com

Reynisfjara.

Image via Travelholic Buddies/Facebook

Seterusnya kami teruskan perjalananan ke Black Beach di Reynisfjara, tempat asal vc Gerua tu. Nora Danish pun datang sini untuk shoot koleksi raya brand beliau. Angin tepi laut ni lagi lah kuat, nak buka pintu kereta pun kena hati-hati risau pintu terbang. huhu..Perjalanan diteruskan lagi, kami dah beli tiket online untuk ke Blue Lagoon sesi 5pm hari ini, 40 euro seorang. satu-satunya bayaran yang di bayar kami untuk masuk tempat lawatan di Iceland ni.

Alhamdullilah perjalanan lancar je. kenapa pilih Blue Lagoon padahari terakhir sedangkan hari pertama/kedua boleh pergi sebab dekat je dengan airport/reykjavik? Sebagai upah penat hiking, berjalan selama beberapa hari,jadi inilah masa nak relax, santai dan dapatkan urutan hilangkan sakit-sakit sendi.

facebook.com

Blue Lagoon.

Image via Travelholic Buddies/Facebook

Dah segar badan, kami menghala ke bandar Reykjavik, singgah kedai cenderamata, hantar poskad, beli souvenir dan kami berkesempatan melawat Hallgrímskirkja, The Sun Voyager dan Harpa dengan pemandangan sunset yang memukau. Kami menikmati makan malam di Capital Inn dengan menu yang unik iaitu whale steak dan cheese pizza. Chef dia ialah muslim. Whale Steak is a must try bila ke Iceland! Bukan steak/ikan biasa.. kena cuba sendiri. So malam tu bergelendangan lah kami di dalam kereta/airport sementara nak tunggu pagi untuk flight ke London.

facebook.com

Hari kelapan: Iceland - London - Amsterdam

Keflavik Airport.

Image via Travelholic Buddies/Facebook

Jam 7am kami dah hantar kereta ke FairCar office. Jangan lupa penuhkan tangki minyak sebelum pulangkan kereta. Wakil Faircar akan hantar kita ke airport semula secara percuma, jangan risau. Flight on time, ucap selamat tinggal kat Mel takut kat airport London nanti kelam kabut sebab nak kejar flight ke Amsterdam. Mel akan teruskan perjalanan ke Birmingham dari London. Tiba di Schipol Airport jam 6ptg mcm tu.

facebook.com

Keflavik airport. Bye mel!

Image via Travelholic Buddies/Facebook

Seronok sebab nampak ladang tulips dari atas kapal terbang. Di Amsterdam kami tinggal di rumah Zul (homestay) di Madurastraat, 140 euro untuk 4 hari 3 mlm. Murah sangat memandangkan sekarang ialah waktu puncak di Amsterdam kerana musim bunga.

facebook.com

Dah nak sampai Amsterdam.

Image via Travelholic Buddies/Facebook

Rumah zul sangat strategik, ada direct train dari airport dan ada tram/bas depan rumah je untuk ke Central. Lepas check in kami berehat dan bersihkan diri dan sembang-sembang dgn Zul. Malam tu kami keluar untuk jalan-jalan sekitar kawasan rumah zul dan makan kebab kt restoran berdekatan. Dah malas nak masak.

facebook.com

Hari kesembilan: Amsterdam

Dam Square

Image via Travelholic Buddies/Facebook

Shopping day! Hari ni kena menjalankan kewajipan sebagai personal shopper, jadi tempat yang di tuju ialah Dam Square. Makan tengahari di Maoz Vegetarian. seterusnya kami ke HRC Amsterdam. Tak jauh dari situ kami berjalan kaki di depan Rijk Museum bergambar depan perkataan I AMSTERDAM. Dari pagi sampai ke malam kami keluar, balik terus tidur.

facebook.com

Ada beberapa spot nak bergambar dengan perkataan I AMSTERDAM ni. Kat luar airport pun ada jugak kalau tak sempat ke sini.

Image via Travelholic Buddies/Facebook

Rijk Muzium, Amsterdam

Image via Travelholic Buddies/Facebook

Hari kesepuluh: Amsterdam

Wajib mencuba canal cruise bila di Amsterdam.

Image via Travelholic Buddies/Facebook

Harini konon nak sewa kereta untuk ke Keukenhof, ladang tulip tapi harga sewa kereta walk-in ialah 4 kali ganda! huhu. Jadi lupakan hasrat nak sewa kereta, kami ambil pakej ke Keukenhof menaiki bas jam 2pm, 49 euro seorang. Sementara nak tunggu jam 2pm, kami layan canal cruise di sekitar Amsterdam, 13 euro seorang.

facebook.com

Keukenhof

Image via Travelholic Buddies/Facebook

Jalan-jalan cuba lolipop weed, beli souvenir etc. Seterusnya kami naik bas yang disediakan ke Keukenhof, selama 3 jam jgk lah kami dalam taman tu. Sempat naik windmill dan naik sampan menyusuri ladang tulip.

facebook.com

Red Light District

Image via Travelholic Buddies/Facebook

Lebih kurang jam 7pm kami dah sampai Amsterdam central dan nikmati makan malam di salah satu restoran halal. Jam 9 mlm kami ke Red Light District, berpinau lah mata laki aku. haha...malam hari di Amsterdam sangatlah meriah. Balik tu kami mengemas barang dan bag sebab esok petang dah nak balik Malaysia.

facebook.com

Hari kesebelas: Amsterdam

Zaandam.

Image via Travelholic Buddies/Facebook

Pagi ni lepas sarapan kami terus ke Zaandam untuk ke Primark. Shopping dalam 2 jam lebih jugak sampai beranak bag roda satu lagi. Ada hotel unik baru buka kat sini. cantik dan unik.

facebook.com

Tapau tulip utk dibawa pulang ke Maysia. 5euro untuk 2 jambangan ni.

Image via Travelholic Buddies/Facebook

Tiba di rumah zul terus mengemas, ambil bag dan ucapkan selamat tinggal kepada zul dan isteri. Flight pulang ke Malaysia jam 6.15 petang. Pastikan tiba awal di airport untuk buat tax refund. Sempat juga habiskan sisa wang beli cheese dan stroopwaffle di duty free shop.

facebook.com

Beratur untuk tax refund di Global blue. 2 bag roda size besar, 2 backpack, 2 beg bimbit. travel sambil kerja mcmni lah. Personal shopper adalah tips untuk anda save duit juga bila travel.

Image via Travelholic Buddies/Facebook

Hari kedua belas: Doha - Malaysia

Safely arrived Malaysia.

Image via Travelholic Buddies/Facebook

Alhamdullilah selamat tiba di KLIA jam 2.50pm, semua barang selamat termasuk jambangan tulip. Home sweet home! Jetlagged? No way...esok keje!

facebook.com

Doha bound for KL.

Image via Travelholic Buddies/Facebook

Kos kesemuanya:

Tiket flight Qatar KL-London, Amsterdam-KL = RM1930/seorang
Tiket flight Easyjet London Gatwick-Keflavik-London Luton-Amsterdam ( 3 penerbangan) = RM550/seorang
Add on hold luggage Easyjet 20kg seorang = RM300
Tiket Easybus dari Earls Court ke London Gatwick = RM30/seorang
Oyster Card London (bas dan underground) = 15 pound/seorang
Homestay Azie London = 60 pound/2 malam/2 orang
Harbourfront Guesthouse = RM180/semalam/2 orang
Selfoss Hostel = RM200/semalam/ 2 orang
Klausturhof Guesthouse = RM580/2 malam/2 orang
Kereta sewa FairCar.Is, petrol, insurans di Iceland 6 hari = RM600/seorang
Blue Lagoon = RM182/seorang
OV card Amsterdam (bas/train/tram)= 28 euro/seorang
Simkad Lebara Amsterdam = 20 euro
Homestay Zul Amsterdam = 140 euro/3 malam/2 orang
Keukenhof Bus Tour = 49 euro/seorang
Canal Cruise = 13 euro/seorang
Uber kota damansara ke KLIA = RM82

Jumlah seorang = RM5165 (Exclude makan, souvenir, shopping)

facebook.com

Kalau anda nak tahu, sebenarnya banyak lagi gambar yang dikongsi wanita ini semasa di sana. Percayalah, apabila anda melihat gambar-gambar pasti hati anda tak sabar-sabar mahu ke sana.

Lihat semua gambar menarik trip beliau di SINI
Anda juga boleh mengikuti pengalaman travel beliau di laman page Travelholic Buddies

SUMBER: Azlin Farida

Inginkan lebih cerita menarik seperti ini? LIKE Facebook SAYS SEISMIK serta follow kami di Twitter dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Baca lebih banyak artikel travel di SINI:

You may be interested in: