Wanita Ini Selamba Dedah Suaminya Curang Guna Papan Iklan Digital Gergasi Di TTDI
Mak aih, level lain ni.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Kes-kes curang yang berlaku sering menjadi bualan ramai apabila ia tular di media sosial
Kisah-kisah pendedahan kes curang sering boleh dilihat di media sosial dan sentiasa mendapat perhatian netizen.
Namun begitu, lain pula yang ditunjukkan dalam sebuah hantaran di platform X memaparkan pendedahan kecurangan yang bukan dilakukan di media sosial tetapi di papan iklan digital gergasi.
Menerusi hantaran oleh @timothytiah di laman X miliknya, lelaki itu menunjukkan sebuah papan iklan digital gergasi di Taman Tun Dr Ismail (TTDI) memaparkan sebuah kenyataan oleh seorang wanita memberitahu tentang kecurangan suaminya.
Dikatakan hanya strategi pemasaran oleh Jerry Coworking Space
Namun begitu, tinjauan pada quotes hantaran itu mendapati ada sebuah ciapan yang mengatakan itu hanyalah sebuah strategi pemasaran oleh Jerry Coworking Space.
Menerusi balasan oleh @pelisahh pada hantaran tersebut, dia memuji strategi pemasaran yang unik itu dan memberitahu ianya adalah sebuah strategi pemasaran kerana papan iklan itu ada menyebut jenis bilik yang disediakan di tempat itu.
"This is basically how T20 sending messages nowadays" - Netizen
Susulan tularnya hantaran tersebut di platform X, ia telah meraih sehingga 402.1K views, 8.3K likes dan 6.7K reposts.
Menerusi tinjauan di bahagian komen, pelbagai reaksi diberikan netizen terhadap hantaran berkenaan.
Berikut di bawah merupakan antara komen daripada netizen di platform X:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!