Wanita Kesal Dilanggar Pemandu Mabuk Tak Bertanggungjawab - "Gubal Balik Undang-Undang"
Difahamkan, ketika itu dia dalam perjalanan dari rumah di Semenyih ke tempat kerja di Hospital Shah Alam.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Sekarang ini semakin banyak berlakunya kes kemalangan membabitkan pemandu mabuk
Berdasarkan undang-undang sedia ada, individu yang memandu dalam keadaan mabuk boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 45A (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memperuntukkan hukuman denda tidak kurang RM1,000 dan tidak lebih RM6,000 atau penjara tidak lebih 12 bulan.
Namun begitu, masih ramai yang tidak mengambil endah perkara berkenaan dan tetap 'berdegil' untuk memandu.
Baru-baru ini, seorang wanita berkongsi keadaan semasa dia telah dilanggar oleh seorang pemandu mabuk yang tidak bertanggungjawab.
Dakwa kena tanggung sendiri perbelanjaan kerosakan kereta selepas dilanggar
Menerusi perkongsiann di Facebook, ketika kejadian, wanita berkenaan dalam perjalanan dari rumah di Semenyih ke tempat kerja di Hospital Shah Alam,di antara jam 6.10 pagi hingga 6.15 pagi.
Tiba-tiba, keretanya dirempuh dari arah belakang dan kereta tersebut menghentam sebelah kanan depan keretanya.
Menurutnya, paramedik kemudian datang untuk membantunya dan memberitahu bahawa pemandu tersebut mabuk.
"Saya mengalami sakit belakang akibat hentakan kuat. Dahlah ada Slipped Disk, bertambah sakit belakang saya.
"Menurut paramedik, pemandu mabuk (berdasarkan gaya percakapan & bau) dan hanya mengalami luka di dahi," tulisnya.
Semasa dia membuat laporan, pemandu tersebut belum hadir membuat laporan.
Menurut polis, biasanya dalam kes sebegini pemandu mabuk hanya akan datang 2-3 hari selepas kejadian dan bacaan alkohol tidak dapat dikesan atau pemandu mabuk tersebut akan membuat laporan dengan menyatakan beliau memandu dalam keadaan mabuk dan tidak sedar mengakibatkan kemalangan.
Apa yang membuatkan wanita itu kesal adalah semua kerosakan kenderaan yang terjadi dia perlu menggunakan insurans sendiri.
"Alhamdulillah, saya bersyukur kerana selamat walaupun agak trauma.
"Tetapi, persoalan saya ialah dimana KEADILAN dan JAMINAN bagi kita pengguna jalan raya akan selamat dari pemandu seperti ini?
"Sudahlah kerosakan kenderaan atas tanggungan sendiri, perbelanjaan rawatan pun sendiri. Kecewa sungguh!," luahnya
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!