seismik

Wanita Jepun Umur 108 Tahun Diiktiraf Sebagai Tukang Gunting Rambut Wanita Tertua Di Dunia

Dia memulakan latihan di kedai gunting rambut di Tokyo pada usia 14 tahun,

Cover image via Guiness World Records

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Seorang wanita di Jepun berusia 108 tahun secara rasmi diiktiraf oleh Guinness World Records sebagai tukang gunting rambut wanita tertua di dunia baru-baru ini

Menurut laporan Agensi Berita Kyodo, pada Rabu lalu Shitsui Hakoishi dari Nakagawa, Wilayah Tochigi telah menerima sijil pengiktirafan di sebuah premis tempatan ketika jiran dan pelanggan tetap meraikan pencapaiannya.

"Hidup penuh dengan kesusahan sejak saya muda, tetapi saya benar-benar gembira," katanya.

Difahamkan, Hakoishi memulakan latihan di sebuah kedai gunting rambut di Tokyo pada usia 14 tahun dan memperoleh lesen gunting rambutnya pada tahun 1936.

Tetap teruskan menjadi tukang gunting rambut selepas kematian suami

Menurut Guinness World Records, pada awalnya dia membuka kedai dengan suaminya, yang juga tukang gunting rambut.

Namun, mereka berpindah ke kampung halamannya selepas ia musnah akibat serangan udara pada masa itu.

Selepas suaminya meninggal dunia dalam perang, dia membuka sebuah kedai kecil di rumahnya sambil membesarkan dua anak kecil mereka.

Sebelum ini, pada Mac 2021, dia telah mengambil bahagian sebagai pembawa obor dalam larian obor Olimpik Tokyo.

Meskipun mempunyai sakit lutut, ia tidak bermakna dia tidak lagi dapat menerima pelanggan seramai dahulu. Malah, dia masih menunjukkan kemahiran memotong rambutnya setiap kali menerima tempahan.

"Sesetengah orang datang dari jauh untuk berjumpa saya, jadi saya mahu teruskan selagi saya boleh," kata Hakoishi.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

More stories to read: