"Orang Jual Kau Pun Nak Jual" - Individu Kecewa Ayam Percik Dibeli Di Bazar Masih Mentah
Mentah betul ni.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Bazar Ramadan merupakan tempat yang 'wajib' kunjungi ketika di bulan puasa
Ditambah pula, ada sesetengah makanan dan minuman hanya dijual padan bulan puasa. Pasti ramai yang tidak mahu melepaskan peluang.
Tidak dinafikan juga membeli makanan di bazar lebih mudah daripada memasak bagi yang sibuk bekerja.
Namun, seorang gadis meluahkan rasa kesalnya selepas melihat makanan yang dibelinya di sebuah bazar Ramadan.
Terkejut tengok isi ayam percik masih mentah
Menerusi video di akaun TikTok @myliyaaaa, difahamkan gadis itu telah membeli lauk ayam di sebuah bazar Ramadan.
Namun, setibanya di rumah dia terkejut melihat keadaan ayam tersebut yang dilihat masih mentah dan tidak masak sepenuhnya.
Dia juga meluahkan rasa kesal pada peniaga berkenaan kerana tidak teliti dalam perniagaannya sehingga menyebabkan terjadinya perkara itu.
"Tolonglah jangan fikir nak kaya je. Aduhai," katanya.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!