IOI City Mall Adakan Solat Tarawih Sepanjang Bulan Ramadan Buat Umat Islam
Wah, pusat beli-belah pun ada solat Tarawih.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Bulan Ramadan adalah bulan paling mulia dalam Islam dan pastinya ramai yang mahu melakukan kebaikan
Solat Tarawih merupakan salah satu ibadah yang ramai orang ingin tunaikan pada bulan mulia ini. Namun, tidak dinafikan dengan kesibukan kerja dan sebagainya, ramai yang tidak sempat menunaikan solat Tarawih.
Baru-baru ini, pusat beli-belah IOI City Mall Putrajaya menawarkan kemudahan esklusif untuk para Muslimin dengan mengadakan solat Tarawih di situ.
Diadakan sepanjang bulan Ramadan ini
Menerusi hantaran di Instagram IOI City Mall, mereka memberitahu sepanjang bulan Ramadan ini, mereka menyediakan kemudahan bagi umat Islam untuk solat Tarawih di situ.
Ia bermula dari 1 Mac hingga 30 Mac 2025, di mana ia dilakukan di Musalla IOI City Mall Putrajaya yang terletak di East Wing – Lower Ground (di belakang Poh Koh).
Sementara itu, kaunter zakat turut disediakan bagi umat Islam menunaikan tanggungjawab mereka.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!