seismik

Zoo Negara Tawar Tiket Percuma Untuk Dewasa & Warga Emas Bagi Setiap Pembelian Ramadan Ini

Tiket adalah terhad.

Cover image via Sunway Hotels & Zoo Negara Malaysia (Facebook)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Ramadan adalah masa untuk kita muhasabah diri, berbuat baik dan memberi kepada orang yang memerlukan

Dalam pada ramai yang melakukan kebaikan, Zoo Negara tidak melepaskan peluang dengan menawarkan promosi menarik pada bulan Ramadan ini.

Sehingga akhir bulan ini, Zoo Negara menawarkan 100 orang dewasa dan warga emas pertama yang masuk dan membeli tiket setiap hari akan menerima tiket percuma.

Image via Berita Harian

Ini membolehkan anda menikmati pelbagai jenis haiwan Zoo Negara dan pameran yang menarik sebanyak dua kali!

Tawaran "Beli 1, Percuma 1" ini boleh digunakan selama tempoh untuk enam bulan sahaja.

Tiket percuma ini sah bermula sehari selepas ia diterima, membolehkan anda merancang lawatan, mungkin bersama keluarga atau rakan yang tidak dapat menyertai anda semasa Ramadan.

Untuk mendapatkan tawaran ini, anda hanya perlu pergi ke kaunter Zoo Negara dan beli tiket dewasa atau warga emas

Jangan lupa untuk bawa MyKad atau pasport anda untuk tujuan rekod.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: