seismik

Dakwa Tiada Job Pada Bulan Puasa, Zukie Pilih Jadi Security Guard Untuk Tambah Pendapatan

Kalau betul pun apa salahnya, ada duit poket lebih.

Cover image via @zukiemohamad769 (TikTok)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Pasti di sini ramai yang sinonim dengan nama popular Zukie Mohamad bukan?

Dia merupakan seorang YouTuber dan selebriti media sosial di Malaysia yang sering menghiburkan ramai dengan konten-kontennya.

Meskipun sudah mempunyai nama di dalam industri, itu bukanlah alasan untuk mencari duit 'poket' lebih buatnya dan keluarga.

Baru-baru ini Zukie mendakwa telah bekerja sebagai pengawal keselamatan di sebuah syarikat dek kerana tiada job yang masuk.

Dakwa tiada job masa bulan puasa, pilih cari kerja part time

Menerusi video di laman TikTok @zukiemohamad769, kelihatan dia sedang memakai baju lengkap pengawal keselamatan dan menjamu selera.

Dia juga sempat membuat sesi siaran langsung di akaunnya sambil menjawab komen-komen yang diberikan netizen.

Kemudianya, dia berkongsi bahawa sebenarnya dia turut bekerja sebagai pengawal keselamatan demi untuk mencari duit lebih.

Katanya lagi, dia tidak mempunyai banyak tawaran kerja yang diberikan kepadanya di bulan puasa ini.

"Saya bulan puasa memang buat kerja part time, job tiada bulan puasa," katanya.

Tambahnya, dia bekerja menjaga sebuah bangunan di Shah Alam dengan gaji RM1,700.

Malah, dia juga tidak kisah dengan kerja sambilan tersebut kerana menurutnya kerja sebagai pengawal keselamatan memberi banyak manfaat kepadanya.

Lihat video di bawah:

Baguslah dia pandai cari duit lebih untuk keluarga :)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

More stories to read: