Gadis Dakwa Dipecat Terus Majikan Tanpa Warning Gara-Gara Solat Lama Sangat Di Pejabat
Aduhai, sampai macam itu sekali.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Sebagai umat Islam, solat lima waktu merupakan kewajipan buat kita
Walaupun sesibuk mana kita, jangan lupa menunaikannya. Sekiranya seseorang tertinggal solat fardhu, wajib baginya untuk mengulangkannya dengan niat qada.
Tidak dinafikan, bagi kaum perempuan, solat akan mengambil waktu sedikit lebih lama berbanding kaum lelaki, tambahan lagi ketika di pejabat.
Namun, baru-baru ini seorang gadis telah meluahkan rasa terkejutnya selepas dia didakwa telah dipecat oleh majikannya gara-gara solat terlalu lama.
Dakwa majikan pecat tanpa bagi surat amaran
Menerusi luahan di laman X, seorang gadis memberitahu dirinya baru sahaja melangkah ke alam pekerjaan.
Namun, dia mendakwa telah dipecat oleh majikannya atas alasan kerana solatnya yang terlalu lama. Menurutnya, dia hanya mengambil masa 20 minit untuk menunaikan solat.
Disebabkan itu, dia mempersoalkan adakah ianya logik untuk majikan memecatnya kerana situasi tersebut.
Malah, dia juga memberitahu tidak pernah melihat pekerja lain solat melainkan ketika solat Jumaat.
"Baru first time kerja tapi kena pecat sebab solat lama sangat. Boss tak kasi warning, terus pecat je. I solat less than 20 minutes. Nak tanya akak-akak kira lama ke? Logik ke dipecat sebab ni? Staff lain ada Islam tapi saya tak pernah nampak mereka pergi solat selain solat Jumaat," ujarnya.
Dalam pada itu, netizen juga memberitahu agar dia membuat laporan berkenaan isu tersebut.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!