Wanita Keturunan Melayu Cipta Sejarah Jadi Ketua Pegawai Kerajaan Daerah Di Wales
Pelantikan itu dilaksanakan secara rasmi dengan penghormatan berprestij diberikan oleh Raja Charles III.
Cover image via Chaplaincy at southwalesFollow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Seorang wanita Muslim dan anak Melayu, Shereen Aziz Williams, telah dilantik sebagai Ketua Pegawai Kerajaan bagi daerah Gwent di Wales, United Kingdom (UK)
Menerusi laporan Berita Harian, Shereen berkata tugas tersebut hanya dilaksanakan pada waktu lapangnya sahaja bermula tahun 2026 hingga 2027.
"Peranan saya adalah untuk membantu badan kehakiman, polis, ambulans, bomba dan mahkamah di sini. Belum pernah terjadi lagi sebelum ini, wanita Muslim Melayu serta warga asing yang memegang jawatan ini.
"Sudah semestinya ada rasa tertekan dengan jawatan yang disandang. Sebagai minoriti, cabarannya ialah apabila kita berada dalam kedudukan berpengaruh kerana ini menunjukkan bagaimana untuk beri inspirasi kepada generasi seterusnya.
"Saya bernasib baik kerana ibu menjadi sumber inspirasi dalam bekerja sebagai penjawat awam. Jadi, saya dapat melihat dia yang seperti di situasi saya sekarang, berada dalam kedudukan berpengaruh," katanya.

Berasal dari Singapura dan telah bermastautin di Britain selama 21 tahun sejak 2005
Shereen turut memaklumkan beliau sudah hampir lapan tahun menjadi majistret dan berperanan penting dalam perkhidmatan awam serta kerja-kerja masyarakat di Wales.
Berkongsi pengalamannya sebagai 'high sheriff', Shereen memaklumkan perlu memakai 'court dress' rasmi yang diperbuat daripada baldu dan berwarna gelap seperti hitam atau biru gelap.
"Bila saya pulang ke Singapura, saya pergi sebuah kedai yang sering saya datang untuk beli kebaya di situ.
"Saya buat permintaan pada tuan kedai untuk hasilkan kebaya khas menggunakan baldu dan dia terus bersetuju sehingga adanya kebaya panjang khas yang saya sarungkan sebagai baju rasmi bagi peranan baharu itu," katanya.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!


