seismik

Wanita Luah Pernah Dicabul Sepupu Sendiri & Jadi Trauma Dengan Gangguan Seksual

Ramai rupanya yang pernah lalui situasi sama.

Cover image via Peduli Seks & mStar

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Gangguan seksual boleh terjadi kepada siapa-siapa sahaja, baik lelaki mahu pun perempuan

Ramai yang tidak tahu situasi di mana mereka sedang diganggu secara seksual atas alasan masih kecil dan kurang pendedahan tentang pendidikan seksual ini.

Mungkin segelintir masyarakat berfikir hubungan antara saudara-mara rapat atau sepupu boleh diumpamakan seperti adik-beradik sendiri. 

Tetapi, sebenarnya ia salah jika tidak menjaga batas pergaulan seperti normalisasikan budaya salam dan peluk tidak kira jantina.

Budaya seperti itu boleh menyebabkan timbulnya perasaan nafsu sehingga terjadinya gangguan seksual. Ya, itulah realitinya.

Bersempena dengan kempen Peduli Seks: Tabu Tapi Perlu Tahu sepanjang November ini, kami membuka ruang kepada mereka yang ingin meluahkan atau berkongsi pengalaman jika pernah kena gangguan seksual menerusi 'Kotak Hati'

Apa yang mengejutkan adalah, beberapa wanita berkongsi pengalaman dan situasi ketika mereka pernah dicabul oleh sepupu sendiri semasa kecil.

"Sepupu paling tua paksa peluk dan cium saudara lelaki" - Mangsa

Manakala, seorang lagi individu menderita penyakit mental akibat pernah dicabul oleh dua beradik sepupu ketika berusia 5 tahun

"Ibu terlalu percaya sepupu belajar di Maahad Tahfiz sebab lebih tua, tetapi sebenarnya dia hampir merogol saya" - Mangsa

Jika anda sedang menghadapi sebarang kesukaran dan memerlukan bantuan khidmat nasihat, hubungi Telenisa melalui WhatsApp dan panggilan telefon di talian 012-8123424, atau konsultasi bersemuka melalui temu janji setiap Isnin hingga Jumaat dari 10 pagi hingga 5 petang bertempat di No.4, Lorong 11/8E, 46200 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan

Sekadar info, kempen ‘Peduli Seks: Tabu Tapi Perlu Tahu’, yang bermula 1 November hingga 30 November ini adalah bertujuan untuk memupuk pemahaman dan keterbukaan mengenai isu-isu seksualiti, terutamanya dalam kalangan komuniti Melayu.

Sebuah mikrosite khas di says.com/peduliseks disediakan yang akan bertindak sebagai pusat digital kempen ini. Laman tersebut akan mengandungi pelbagai maklumat kempen, termasuk ruang untuk berkongsi cerita secara anonim dan kerjasama dengan NGO yang berkaitan.

Dengan hashtag #PeduliSeks, kempen ini juga akan memanfaatkan platform media sosial bagi meningkatkan interaksi dan menjangkau lebih ramai masyarakat.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: