[VIDEO] Shuk Sahar Dedah Pernah Lupa Tuhan Masa Kaya Dulu, Syukur Masih Diberi 'Peluang'
Banyak sebenarnya pengajaran boleh dapat daripada kisah hidup Shuk ini.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Pelawak, pelakon dan pengacara, Shuk Sahar berkongsi cerita ketika dia pernah diuji dengan kekayaan satu ketika dulu dalam sebuah podcast di TikTok
Menerusi video berdurasi 11 mini 29 saat yang dimuat naik oleh @youcasttt, Shuk meluahkan rasa kesal apabila mengaku pernah melupakan Tuhan semasa dia memiliki segala-galanya.
Menurut Shuk, dia pernah berada di satu tahap yang sangat tinggi di mana boleh membeli apa sahaja tanpa melihat nilai, mempunyai rumah dan kereta mewah serta mendapat banyak tawaran sebagai hos di televisyen.
Namun, dia mengatakan sebenarnya dia adalah manusia paling hina kerana hanyut dalam ujian kekayaan.
"Abang di titik paling hina. Kenapa? Solat pun tak pernah, puasa pun tak. Solat Jumaat tak, lebih memilih untuk keluar dengan kawan-kawan berbanding pergi ke masjid.
"5 minit solat diibaratkan 5 minit yang sia-sia. Kalau di titik itu Allah tak bagi peluang, Allah ambil abang, apa jadi? Bila fikir balik, besarnya kuasa Dia," katanya.
"Hebat mana pun kau, setinggi mana pun kau, selagi kau rasa kau hebat, percayalah sebenarnya itu bukanlah titik kau yang paling hebat. Allah tu yang maha hebat.
"Sebab tu bila orang tanya kat abang, kau dah berubah ke? Bukan berubah, aku cuma jalani hidup yang sepatutnya. Hidup ni sebenarnya menunggu mati. Sementara kita menunggu mati tu, inilah hiburan yang Allah bagi pada kita.
"Jawatan, pangkat, isteri, anak-anak, end up dia memang mati," katanya lagi.
Admin rasa insaf bila dengar cerita Shuk ni. Sama-sama kita berubah ke arah kebaikan dan semoga terus istiqomah.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!