Wanita Malaysia Disaman 1,000 Baht Lepas Gagal Tunjuk Lesen Fizikal Di Thailand

Difahamkan, masih ramai rakyat Malaysia yang berkunjung ke Thailand terlupa membawa lesen memandu fizikal.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Asean Now & Motorist

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Seorang wanita Malaysia didenda 1,000 baht (kira-kira RM123) selepas gagal mengemukakan lesen memandu fizikal ketika diperiksa polis trafik di Hat Yai, Thailand awal minggu ini

Menerusi laporan Berita Harian, wanita itu memandu kenderaan dengan pendaftaran Malaysia sebelum ditahan untuk pemeriksaan oleh anggota trafik yang bertugas di bandar itu, menurut jurucakap Polis Trafik Thailand.

"Apabila polis Thailand meminta wanita itu menunjukkan lesen memandunya, dia hanya mengemukakan versi digital disimpan dalam aplikasi MyJPJ.

"Berikutan lesen memandunya baru diperbaharui, dia sudah biasa menggunakan lesen digital yang menurutnya diterima untuk kegunaan di Malaysia," katanya.

SAYS.com

Gambar sekadar hiasan.

Image via Thairath

Rakyat Malaysia masih memerlukan lesen memandu fizikal di Thailand

Polis Thailand memaklumkan rakyat Malaysia yang menggunakan jalan raya di negara itu masih perlu memiliki lesen memandu fizikal.

"Bagaimanapun, anggota polis memaklumkan pihak berkuasa Thailand hanya mengiktiraf lesen memandu Malaysia dalam bentuk fizikal atau Permit Memandu Antarabangsa (IDP).

"Disebabkan wanita itu tidak memiliki kedua-dua dokumen berkenaan, dia didenda 1,000 baht kerana gagal mengemukakan lesen memandu sah," katanya.

Kementerian Pengangkutan sebelum ini menjelaskan rakyat Malaysia yang memandu di luar negara tetap diwajibkan membawa lesen memandu fizikal yang boleh didapati dengan bayaran RM20, manakala warga asing dikenakan caj RM100.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS