Wanita Maut Ditikam Di Muka Oleh Sepupu Sendiri
Jiran mangsa mendakwa terdengar bunyi bising dalam rumah itu kira-kira jam 9.20 malam.
Seorang wanita maut selepas ditikam oleh sepupunya sendiri di bahagian muka dan bahu di Taman Temerloh Makmur, dekat Temerloh malam semalam
Mangsa, Robiatul Ain Mahamod, 27, ditemui dalam keadaan tertiarap dengan kesan tikaman di ruang tamu rumahnya selepas dipercayai bertengkar dengan suspek lelaki berusia 26 tahun yang dipercayai juga penagih dadah.
Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang, Senior Asisten Komisioner Othman Nayan, pihaknya menerima laporan kejadian pada jam 9.40 malam dan tiba di lokasi kejadian kira-kira 30 minit kemudian.
Menurut laporan, jiran mangsa mendakwa terdengar bunyi bising dalam rumah itu kira-kira jam 9.20 malam yang dipercayai mangsa sedang bergaduh dengan sepupunya tersebut
Jirna mangsa seterusnya menghubungi bapa dan adik mangsa yang tiba di perkarangan rumah itu tidak lama kemudian.
"Jiran mangsa terlebih dulu menghubungi bapa dan adik mangsa yang tiba di perkarangan rumah itu tidak lama kemudian.
"Mereka terpaksa memecahkan pintu yang berkunci dari dalam dan sebaik memasuki rumah itu, mangsa ditemui tertiarap di ruang tamu dengan kesan tikaman.
"Mangsa segera dibawa ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HOSHAS) di sini, untuk mendapatkan rawatan namun disahkan meninggal dunia jam 10.37 malam," katanya.
Difahamkan juga bapa mangsa adalah seorang anggota polis yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Temerloh
Menurut Othman lagi, suspek ditahan pada jam 10 malam hasil maklumat awam, ketika cuba bersembunyi di sebuah rumah kosong terletak kira-kira 70 meter dari tempat kejadian.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Pemeriksaan di lokasi kejadian menemui senjata yang dipercayai digunakan suspek dalam kejadian iaitu sebilah pisau dan gunting.
"Siasatan lanjut masih dibuat bagi mengenal pasti motif kejadian. Berdasarkan maklumat awal, pertengkaran dikatakan berpunca daripada rasa tidak puas hati suspek yang didakwa mencuri dan menagih dadah," katanya.
bharian.com.my