Wanita Menderita Tidur Mata Terbuka, Pembedahan Kosmetik Gagal

Dia turut dibebani tuntutan undang-undang membayar penalti fitnah kepada individu yang menjalankan pembedahan terbabit.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Odditycentral

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Seorang wanita terpaksa hadapi derita berpanjangan perlu tidur dengan mata terbuka akibat kegagalan pembedahan kosmetik

Lebih malang lagi, wanita dari China yang dikenali sebagai Wang ini turut menanggung beban tuntutan undang-undang untuk membayar penalti fitnah kepada individu yang didakwa sebagai 'doktor palsu'.

Menerusi laporan Odditycentral, penderitaan dan trauma yang dialaminya difahamkan telah berterusan sejak enam tahun lalu.

Semuanya bermula pada Jun 2020 apabila Wang mendapatkan rawatan di Klinik Pembedahan Kosmetik Meixi di Suzhou, wilayah Jiangsu, China bagi menjalani prosedur pembedahan kelopak mata berganda.

Prosedur kosmetik yang turut dikenali sebagai blefaroplasti Asia itu merupakan kaedah biasa untuk membentuk atau memperjelas lipatan kelopak mata atas, namun hasil yang diperoleh bertukar menjadi tragedi.

SAYS.com
Image via Odditycentral

Menghabiskan sekitar RM8,000 jalani pembedahan

Wang menjalani pembedahan yang dilakukan oleh seorang pakar bedah dikenali sebagai Meng yang mendakwa dirinya sebagai pengarah pemasaran di klinik berkenaan dengan kos dikeluarkan sebanyak 12,000 yuan (kira-kira RM8,000).

Wanita itu kemudiannya dibenarkan pulang pada hari sama, namun selepas memasuki waktu malam, dia mula mengalami kesakitan yang teruk sebelum menghubungi Meng untuk mendapatkan penjelasan.

Bagaimanapun, Meng hanya memberi respons secara ringkas bahawa keadaan Wang adalah baik dan kesakitan itu akan hilang sepenuhnya dalam masa beberapa hari.

Keadaan mata Wang menjadi semakin teruk apabila kelopak matanya mula terkeluar serta mengeluarkan cecair dalam jumlah yang banyak sehingga meleleh tanpa henti di wajahnya.

Lebih buruk lagi, Meng didakwa mengabaikan panggilan telefon daripada Wang menyebabkan mangsa terpaksa mendapatkan rawatan kecemasan di sebuah hospital besar tempatan.

SAYS.com
Image via Odditycentral

Pemeriksaan pakar mengesahkan berlaku kerosakan pada bahagian mata akibat pembedahan yang salah

Sebaik mendapat pemeriksaan daripada pakar, doktor mengesahkan bahawa saluran air mata Wang sudah rosak akibat pembedahan yang salah, kecederaan itu turut diklafikasikan sebagai kecacatan tahap sembilan oleh pihak berkuasa pada 2022.

Wang yang mengalami kemurungan dan insomnia kemudian mengambil tindakan undang-undang terhadap Meng selepas siasatan pihak berkuasa mendapati individu terbabit tidak memiliki lesen perubatan manakala klinik tempatnya bekerja juga beroperasi secara haram.

Sebelum mahkamah mengeluarkan keputusan, Meng bersetuju membayar ganti rugi sebanyak 850,000 yuan (kira-kira RM560,000) melalui penyelesaian luar mahkamah dengan syarat mangsa mesti memadamkan semua hantaran media sosial mengenai penderitaannya serta berjanji tidak akan mengambil tindakan undang-undang atau bercakap kepada media.

Walau bagaimanapun, Wang kemudiannya memuat naik video bagi membersihkan namanya selepas Meng didakwa menghinanya di internet sekali gus menyebabkan Wang disaman semula sebanyak 400,000 yuan (kira-kira RM264,000) kerana melanggar perjanjian penutupan kes.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: