Wanita Rusia Kagum Servis Hospital Kerajaan Malaysia, Rawatan Selesai Dalam Sejam
Apa yang lebih mengejutkan, dia mendakwa hanya membayar RM1 ketika mendapatkan rawatan bersama suaminya yang merupakan rakyat Malaysia.
Cover image via @katrinviolinqueen (TikTok)Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Seorang wanita warga Rusia tidak menyangka urusan mendapatkan rawatan di hospital kerajaan Malaysia boleh diselesaikan dalam tempoh kira-kira sejam, termasuk pemeriksaan dan pengambilan ubat
Menerusi perkongsian di TikTok @katrinviolinqueen, wanita itu memuji sistem pengurusan hospital yang disifatkannya teratur meskipun ramai pesakit mendapatkan rawatan.
Apa yang lebih mengejutkan, dia mendakwa hanya membayar RM1 ketika mendapatkan rawatan bersama suaminya yang merupakan rakyat Malaysia.

Wanita itu berkata, sebelum ini dia mendapatkan rawatan di klinik swasta selama lima tahun dan pernah membayar RM150 bagi satu lawatan.
Pengalamannya di hospital kerajaan Malaysia turut mengubah tanggapannya terhadap kemudahan kesihatan awam. Dia sebelum ini berasa bimbang untuk mendapatkan rawatan di fasiliti kerajaan susulan pengalaman kurang menyenangkan di Rusi
Selain proses mendapatkan rawatan yang lancar, wanita itu turut tertarik dengan potret keluarga diraja yang dipamerkan di sekitar hospital berkenaan
Perkongsian itu mengundang pelbagai reaksi pengguna media sosial, termasuk penjelasan mengenai kadar bayaran untuk warga asing.
Seorang pengguna menjelaskan bahawa kadar pendaftaran bagi warga asing ialah RM15. Wanita itu kemudian berkongsi bahawa dia dikenakan bayaran RM15 apabila datang bersendirian, berbanding RM1 ketika ditemani suaminya.
Kisah tersebut sekali lagi mencetuskan perbualan mengenai kemudahan dan subsidi yang disediakan menerusi sistem kesihatan awam Malaysia.
Lihat video penuh di bawah:
https://www.tiktok.com/@katrinviolinqueen/video/7696168970533063957
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!


