Wardah Lancar ‘Skin Filter Tinted Sunscreen’ Sempena Wardah UV Shield Pickle Open 2

Acara itu berjaya menghimpunkan pengamal media, peminat kecergasan, duta jenama, serta komuniti gaya hidup aktif.

Enlarge text

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Rangkaian kosmetik terkemuka, Wardah Malaysia, telah menganjurkan kejohanan pickleball komuniti Wardah UV Shield Pickle Open 2026 bertempat di Playa Racquet Club, Kuala Lumpur baru-baru ini

Acara ini bertujuan meraikan golongan wanita yang mengamalkan gaya hidup aktif tanpa mengabaikan aspek perlindungan dan kesihatan kulit. Acara tersebut juga turut menjadi pentas rasmi bagi pelancaran produk terbaharu mereka, Wardah UV Shield Skin Filter Tinted Sunscreen SPF 50/PA++++.

Inovasi ini menawarkan perlindungan tinggi daripada sinaran matahari di samping memberikan hasil kemasan penapis kulit (skin-filtering) yang kelihatan semula jadi. Pelancaran ini sekali gus memperkukuh kedudukan siri Wardah UV Shield sebagai rangkaian pelindung matahari lengkap yang direka khusus untuk pelbagai jenis kulit, masalah kulit, dan variasi gaya hidup.

Program bermula dengan sesi Pilates pada sebelah pagi dan diteruskan dengan kejohanan pickleball yang meriah. Acara ini berjaya menghimpunkan pengamal media, peminat kecergasan, duta jenama, serta komuniti gaya hidup aktif. Selain bersukan, para peserta berpeluang mengikuti aktiviti penjagaan diri, pendidikan kepentingan sunscreen, serta mencuba produk secara interaktif di zon khas, Stay Proof Zone.

SAYS.com
Image via @wardahbeauty_my (Instagram)
SAYS.com
Image via @wardahbeauty_my (Instagram)

Majlis tersebut turut dihadiri oleh wakil daripada Watsons Malaysia; Pengarah Negara ParagonCorp Malaysia, Zaireen Ibrahim; serta barisan Duta Jenama Wardah Malaysia termasuk Elfira Loy, Dayah Bakar, dan Sharifah Rose.

"Di Wardah, kami percaya gaya hidup aktif sepatutnya menyeronokkan, memperkasakan, dan boleh diakses oleh semua orang. Melalui kejohanan ini, kami ingin meraikan wanita yang bergerak dengan penuh keyakinan di samping mengingatkan mereka bahawa pelindung matahari adalah peneman penting bagi setiap aktiviti luar,"
kata Zaireen Ibrahim.

Pelbagai aktiviti menarik dan interaktif berlansung dengan meriah

Bagi membantu pengguna mencari pelindung matahari yang paling sesuai dengan jenis kulit dan rutin harian mereka, Wardah turut menyediakan slot interaktif seperti Sunscreen Quiz dan pengalaman mencuba produk secara langsung.

Kejohanan pickleball yang berlangsung sengit dan bertenaga menyaksikan penyertaan hebat daripada ahli komuniti serta barisan pempengaruh (KOL) Wardah. Berikut adalah senarai pemenang utama:

  • Juara: Kumpulan Cari Matcha Lah (Membawa pulang jambangan produk Wardah UV Shield dan wang tunai RM1,500).
  • Naib Juara: Kumpulan Testing 123 (Membawa pulang wang tunai RM1,000).
  • Tempat Ketiga: Kumpulan Fortynine (Membawa pulang wang tunai RM500).

SAYS.com
Image via @wardahbeauty_my (Instagram)
SAYS.com
Image via @wardahbeauty_my (Instagram)

Secara keseluruhannya, Wardah UV Shield Pickle Open 2026 bukan sekadar acara sukan biasa, tetapi merupakan refleksi komitmen berterusan Wardah dalam memperkasakan wanita untuk mengimbangi kecergasan fizikal, penjagaan diri, dan perlindungan kulit dalam kehidupan seharian.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: