Warden Bekas Tentera Di Kesemua 58 MRSM Bakal Mulakan Tugas Januari 2027
Difahamkan, kajian yang dilakukan mendapati inisiatif ini berjaya meningkatkan tahap disiplin pelajar.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Majlis Amanah Rakyat (MARA) bakal laksana pelantikan warden sepenuh masa dalam kalangan bekas tentera di semua MRSM bermula 1 Januari 2027
Menerusi kenyataan yang dikongsi pengerusinya, Dr Asyraf Wajdi Dusuki memaklumkan pelaksanaan melantik Warden-Warden Sepenuh Masa dari kalangan bekas Tentera akan dilakukan di semua 58 MRSM bermula 1 Januari 2027.
"Ibu bapa dan masyarakat tidak perlu khuatir kerana pelantikan akan melalui proses penyaringan dan pemilihan yang ketat teliti dan cermat.
"Ia bagi memastikan mereka benar-benar memahami tanggungjawab dan menghayati falsafah pendidikan MARA juga proses dan orientasi pembelajaran di MRSM.
"Moga usaha ini mampu meningkatkan lagi prestasi kecemerlangan MRSM dan sekaligus melahirkan generasi pelajar yang seimbang dan holistik dari segenap aspek," katanya.

Kajian dijalankan terlebih dahulu dengan percubaan pelaksaan telah dilakukan di beberapa MRSM
Menurut Asyraf, 10 MRSM akan mulakan inisiatif ini bermula 1 Julai depan setelah proses pemilihan dan penyaringan dilakukan sepanjang bulan Jun.
"Ia mengambil kira keberkesanan projek rintis pelantikan warden luar sepenuh masa dari kalangan bekas tentera yang dilaksanakan di MRSM Besut dan MRSM Balik Pulau selama enam bulan.
"Hasil kajian yang dilaporkan oleh anggota bebas daripada Institut Pengajian Sains Sosial Universiti Putra Malaysia (IPSAS UPM) mendapati pelaksanaan membawa kesan positif dan berkesan.
"Terima kasih kepada IPSAS UPM atas kajian bebas yang dilakukan dan penyediaan laporan yang komprehensif bagi membolehkan kami membuat keputusan yang terbaik," katanya.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via