seismik

Warga Emas Ini Ingatkan Biawak Gigit Kaki, Sekali Terkejut Rupa-Rupanya Anak Buaya

Ish, bahayanya!

Cover image via BH Online & Sinar Harian

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Buaya merupakan haiwan digeruni oleh manusia kerana sifatnya yang boleh mengancam nyawa

Tidak kiralah ia bersaiz kecil atau besar, ia tetap berbahaya jika didekati. Apatah lagi jika kita tidak sedar kehadirannya di sekeliling kita. Memang bahaya!

Seperti apa yang terjadi kepada seorang warga emas ini apabila dia menyangka biawak menggigit kakinya, tetapi rupa-rupanya ia adalah seekor anak buaya.

Image via BH Online

Kaki digigit anak buaya sepanjang lebih 30 sentimeter

Menurut sumber, Faridah Abd Ghani, 65, tidak sedar kakinya digigit anak buaya di rumahnya di Kampung Balik Batu, Tanjung Bidara, Masjid Tanah, Melaka.

Dia berkata, kehadiran anak buaya sepanjang lebih 30 sentimeter itu disedari pukul enam pagi ketika hendak mengemas beranda rumahnya.

"Ketika melangkah keluar pintu rumah dalam cuaca gelap, saya terkejut apabila tiba-tiba terasa ada sesuatu menggigit kaki kiri. Dalam suasana masih awal pagi dan gelap, pada awalnya saya menyangka kaki digigit biawak dan segera memanggil ahli keluarga. Bagaimanapun, apabila anak lelaki melihat haiwan itu, barulah kami tahu ia anak buaya yang mengangakan mulutnya," katanya.

Image via Sinar Harian

Rumah dekat dengan pantai dan pernah lihat kelibat buaya berenang di perairan pantai Tanjung Bidara

Faridah berkata lagi, anaknya kemudian menekup anak buaya itu menggunakan tudung saji sebelum menghubungi Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) bagi mendapatkan bantuan.

"Namun, ini kejadian kali pertama buaya naik ke rumah penduduk dan mujur saya tidak mengalami luka," katanya.

Sementara itu, Pegawai Pertahanan Awam Unit Masjid Tanah (UMT), Leftenan (PA) Shahrul Riza Saiful Bahry ketika dihubungi berkata, Pusat Kawalan Operasi UMT menerima panggilan kecemasan daripada orang awam pada pukul 6.04 pagi.

Katanya, sepasukan empat anggota bergegas ke lokasi dan berjaya menangkap anak buaya yang dipercayai tersesat daripada habitat asalnya.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: