Warga Emas Tak Cukup Duit Nak Beli Telur, Tindakan Wanita Ini Buat Ramai Sebak
Terima kasih orang baik.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Ada kalanya, bantuan kecil yang kita hulurkan mampu memberi makna yang sangat besar kepada orang lain
Itulah yang berlaku apabila seorang wanita berkongsi detik menyentuh hati di Threads selepas melihat seorang warga emas terpaksa mengorbankan salah satu barang keperluan asas kerana wang yang dibawanya tidak mencukupi.
Menurut perkongsian tersebut, mak cik itu hanya membeli beberapa barangan asas seperti mi segera, minyak masak dan sepapan telur dengan jumlah keseluruhan RM38.40. Namun, dia hanya mempunyai RM20.
Disebabkan itu, wanita berkenaan terdengar mak cik tersebut bertanya kepada juruwang sama ada jumlah bayaran akan mencukupi jika telur terbabit dipulangkan semula.

Apa yang lebih menyentuh hati adalah ucapan yang keluar daripada mulut warga emas itu sebaik menerima bantuan tersebut
"Terima kasih, rezeki anak saya hari ini," katanya.

Gambar janaan AI.
Image via Kosmo!Image viaAyat yang ringkas itu membuatkan ramai netizen tersentuh, malah menganggap ia sebagai peringatan bahawa masih ramai yang bergelut untuk membeli keperluan harian.
Tinjauan di ruangan komen mendapati ramai memuji tindakan wanita tersebut yang sanggup membantu tanpa mengharapkan balasan.
Ada juga yang berharap lebih ramai masyarakat terus mengamalkan sikap prihatin kerana kita tidak pernah tahu kesusahan yang sedang dihadapi orang lain.
Lihat posting di sini:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via