Warga Selangor Ada Peluang Nikmati Subsidi Tambang Pengangkutan Awam RM30 Sebulan

Permohonan untuk penerimaan subsidi ini telah dibuka sejak 1 Jun lalu.

Enlarge text
Cover ImageCover image via myrapid & Amirudin Shari

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Warga negeri Selangor kini berpeluang menerima subsidi tambang pengangkutan awam bernilai RM30 sebulan dalam tempoh 6 bulan

Menerusi kenyataan yang dikongsi Menteri Besar Selangor, Dato' Seri Amirudin Shari di laman sosial, permohonan untuk penerimaan subsidi ini telah pun dibuka bermula 1 Jun lalu.

Menurutnya, inisiatif itu merupakan sebahagian daripada Pakej Pengukuhan Daya Tahan Selangor bernilai RM131 juta yang diumumkan sebelum ini bagi membantu rakyat menghadapi tekanan kos sara hidup

"Berita baik buat warga Selangor. Sebagai sebahagian dari Pakej Pengukuhan Daya Tahan Selangor bernilai RM 131 juta yang telah saya umumkan sebelum ini, permohonan Subsidi Tambang Pengangkutan Awam selama 6 bulan telah mula dibuka pada 1 Jun 2026," kata beliau.

SAYS.com

Menteri Besar Selangor, Dato' Seri Amirudin Shari.

Image via Amirudin Shari

Terhad kepada warga Selangor yang terawal membuat permohonan

Difahamkan, inisiatif ini adalah terhad kepada 50,000 pemohon terawal, tertakluk kepada syarat dan kelulusan. Subsidi ini turut terpakai untuk pengangkutan seperti Van DRT, bas dan kereta api.

Amirudin turut menggalakkan orang ramai agar memanfaatkan peluang tersebut dengan membuat persediaan awal melalui aplikasi NINE bagi memastikan proses permohonan berjalan lancar.

"Gunakan peluang ini sebaiknya dan buat persediaan lebih awal melalui aplikasi NINE.

"Mudah mudahan bantuan ini dapat memudahkan perjalanan harian, di samping menggalakkan lebih ramai menggunakan pengangkutan awam," katanya.

SAYS.com
Image via X

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: