Warga Singapura Kena Denda RM20,000, Selamba Isi Petrol RON95 Bersubsidi
Difahamkan, kesalahan terbabit berlaku pada 9 April yang lalu.
Cover image via NSTFollow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Seorang pemandu warga Singapura dikenakan denda RM20,000 oleh Mahkamah Sesyen Johor Bahru kerana isi RON95
Menerusi laporan New Straits Times, individu tersebut juga boleh dikenakan tiga bulan penjara atas kesalahan mengisi minyak petrol bersubsidi ke dalam kenderaannya yang berdaftar di Singapura secara haram.
Hakim Datuk Che Wan Zaidi Che Wan Ibrahim menjatuhkan hukuman itu semalam, 2 Julai, selepas tertuduh, yang berusia 50-an dan juga pemandu serta pemilik kenderaan itu, mengaku bersalah atas pertuduhan. Tertuduh membayar denda pada hari yang sama.
Kesalahan terbabit berlaku pada 9 April, apabila pegawai penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, yang menjalankan Op Tiris 4.0, menemui tertuduh mengisi minyak petrol BUDI95 ke dalam kenderaannya di sebuah stesen minyak di Johor Bahru.

Siasatan mendedahkan bahawa pemandu tersebut melakukan kesalahan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 dengan membeli petrol RON95 bersubsidi menggunakan kenderaan berdaftar asing
Pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Nur Sulehan Abd Rahman, manakala tertuduh diwakili oleh peguam bela.
Pengarah cawangan kementerian Johor, Lilis Saslinda Pornomo berkata kejayaan pendakwaan itu membuktikan komitmen berterusan kementerian dalam memerangi penyelewengan barangan kawalan bagi melindungi kepentingan pengguna dan memastikan kestabilan bekalan negara.
Orang ramai digalakkan untuk melaporkan sebarang penyelewengan bahan api melalui saluran rasmi kementerian, termasuk WhatsApp di 019-848 8000, portal e-Aduan di [email protected], pusat panggilan di 1-800-886-800 atau aplikasi telefon pintar Ez ADU KPDN.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!


