Waris Mangsa Nahas Helikopter FDS Terima RM100,000, Pendidikan Anak Ditanggung

Bantuan tersebut disampaikan oleh Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Cover ImageCover image via Buletin TV3 & Harian Metro

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Kerajaan Sarawak menyalurkan bantuan kewangan sebanyak RM100,000 kepada setiap keluarga lima mangsa nahas helikopter Perkhidmatan Doktor Udara (FDS) yang terhempas di Long Lellang, Baram, pada 8 September lalu

Menurut laporan Buletin TV3, selain bantuan kewangan, kerajaan negeri turut menyediakan bantuan pendidikan menerusi Yayasan Sarawak bagi memastikan anak-anak mangsa dapat meneruskan persekolahan dan pengajian mereka.

Bantuan tersebut disampaikan oleh Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg kepada waris lima mangsa dalam satu majlis penyerahan yang berlangsung di Kompleks Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak pada 16 Oktober.

SAYS.com
Image via Buletin TV3

Menurut Abang Johari, kehilangan ahli keluarga tidak dapat dinilai dengan wang ringgit, namun bantuan berkenaan diharap dapat meringankan beban waris, khususnya dalam membesarkan anak-anak yang ditinggalkan.

Beliau turut memaklumkan bahawa surat tawaran bantuan daripada Yayasan Sarawak telah diserahkan bagi membantu membiayai yuran persekolahan dan pengajian universiti anak-anak mangsa.

Untuk rekod, nahas tersebut melibatkan sebuah helikopter BO-105 yang membawa lima individu, termasuk juruterbang, sebelum terhempas berhampiran Lapangan Terbang Landasan Pendek (STOLport) Long Lellang, Ulu Baram, Sarawak

SAYS.com
Image via Harian Metro
SAYS.com
Image via Harian Metro

Lima mangsa yang terkorban ialah Kapten Zainol Afiq Bee Sham, Dr Ainul Baraah Kamaruddin, Alexson Adit Henry, Debra Moset dan Jessie Paya Jok.

Ketika kejadian, mereka sedang menjalankan operasi FDS yang menyediakan perkhidmatan kesihatan kepada penduduk di kawasan pedalaman Sarawak.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: