seismik

Kredibiliti Apandi Diragui Setelah WSJ Lapor Derma RM2.6 Bilion Bukan Dari Arab Saudi

"Lebih banyak maklumat akan diketahui umum apabila pihak berkuasa luar negara melanjutkan siasatan mereka."- Pengarang kewangan WSJ, Ken Brown

Cover image via freemalaysiatoday.com

Kenyataan mengenai Datuk Seri Najib Razak bebas daripada sebarang salah laku dalam penemuan derma RM2.6 bilion dalam akaun peribadinya disangkal The Wall Street Journal (WSJ) baru-baru ini

Kenyataan itu dikeluarkan oleh Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali pada sidang media mengenai kertas siasatan SRC International dan RM2.6 bilion di pejabatnya di Putrajaya pada 26 Januari lalu.

Kenyataan media yang dibuat Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali pada 26 Januari lalu.

Image via www.themalaysianinsider.com

Kenyataan itu disangkal oleh pengarang WSJ Ken Brown sekaligus menyebabkan kredibiliti peguam negara itu diragui.

Pengarang kewangan WSJ Ken Brown dalam wawancara bersama ABC News Australia berkata, wang itu bukan daripada keluarga Diraja Arab Saudi sebaliknya datang daripada pelbagai syarikat berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

themalaysianinsider.com

Katanya, laporan yang dibuat berbulan-bulan itu menunjukkan wang tersebut bukan dari Arab Saudi tetapi dari syarikat dan akaun bank yang mempunyai hubungan dengan 1MDB

Dalam wawancara 12 Februari lalu, Ken Brown memberitahu laporan WSJ belum pernah dipertikaikan lagi dan mereka mempunyai banyak bukti sokongan.

WSJ adalah penerbitan yang pertama sekali menyiarkan berita tentang kehadiran wang tersebut dalam akaun Najib.

Najib pada mulanya mengarahkan peguamnya menghantar surat tuntutan kepada WSJ namun surat tersebut akhirnya dihantar sebagai surat mengesahkan laporan berkenaan semata-mata.

Sehingga kini, pemimpin tertinggi negara itu belum mengambil sebarang tindakan undang-undang terhadap WSJ.

themalaysianinsider.com

Bagaimanapun sehingga kini, tiada sebarang tindakan undang-undang dibuat oleh Najib ke atas WSJ. Tonton wawancara penuh tersebut di SINI.

Oleh yang demikian, beberapa pihak berkuasa luar negara sedang menyiasat urus niaga 1MDB walaupun Najib belum dinamakan lagi dalam mana-mana siasatan

Malah, ramai yang membidas kenyataan yang dibuat oleh Peguam Negara itu sebelum ini dan tambah Brown lagi, akan lebih banyak maklumat akan diketahui umum apabila pihak berkuasa luar negara melanjutkan siasatan mereka.

Brown mengulas mengenai cadangan Apandi baru-baru ini untuk meningkatkan hukuman bagi mereka yang membocorkan rahsia negara.

Beliau percaya bahawa ia cubaan dibuat oleh kerajaan Malaysia untuk menutup segala urusan berkaitan isu ini dengan "mengetatkan sekatan ke atas ucapan", serta ancaman kepada mana-mana yang bercakap menentang kerajaan.

malaysiakini.com

"Aksi sebenar akan berlangsung dalam beberapa bulan akan datang menerusi siasatan luar negara dan jika mereka menemui perkara serius, ia amat sukar buat kerajaan Malaysia untuk tidak mengendahkannya," katanya. – 18 Februari, 2016.

themalaysianinsider.com

Berikutan itu, Najib digesa untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap The Wall Street Journal (WSJ) jika laporan yang dibuat Ken Brown itu palsu

“Rakyat di negara menuntut supaya PM Najib Razak saman segera WSJ, kalau benar mereka membuat tuduhan palsu untuk kali kedua ini!” kata Pengarah Strategi AMANAH Dr Dzulkefly Ahmad dalam satu kenyataan.

malaysiakini.com

Gambar sekadar hiasan.

Image via amanahnegara.org

Dzulkefly berkata, sekiranya Najib gagal berbuat demikian maka beliau patut meletakkan jawatan demi negara.

Inginkan lebih cerita menarik seperti ini? LIKE Facebook SAYS SEISMIK serta follow kami di Twitter dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Baca lagi berita mengenai Najib dan 2.6 bilion di SINI:

You may be interested in: